ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

Foto Intipan

Views

Ini bukan kenderaan SUV zoo taman safari tuan-tuan! Akhirnya kelibat unit ujian Proton X50 pemanduan sebelah kanan (RHD) yang lengkap dengan celoreng penyamaran seperti seekor ‘kuda belang’ telah berjaya dikesan semalam. Foto-foto intipan ini telah sempat dirakam oleh Meor Ahmad Iqmal, namun lokasi penemuannya tidak dinyatakan.

JOM BACA >> Perodua Bezza facelift versi Theophilus Chin

Kenapa kami katakan unit ujian ini Proton X50 pemanduan sebelah kanan?

Cuba anda lihat pada papan pemuka di sebelah kiri yang rata, kerana unit ujian sebelum ini masih lagi menggunakan unit Geely Bin Yue (SX11) pemanduan sebelah kiri. Anda boleh lihat ketiadaan kelompok meter dan juga stereng di sebelah kiri walaupun pihak R&D Proton memasang filem gelap di bahagian cermin tersebut bagi mengaburi pandangan umum. Jika diperhatikan betul-betul, anda boleh melihat imbasan kelompok meter dan juga setereng di sebelah kanan.

JOM BACA >> INTIP : Perodua sedang menguji sesuatu pada Daihatsu Tanto ini – Bukan model pengganti Kenari

Nampaknya versi sebenar X50 pemanduan sebelah kanan untuk pasaran Malaysia dan Asia Tenggara yang lain sudah mula menunjukkan diri. Adakah ia petanda model SUV yang paling ditunggu-tunggu oleh para peminat permotoran akan muncul dalam tahun ini juga? Kami jangkakan ia tidak akan berlaku dalam tahun ini memandangkan versi CKD X70 akan muncul terlebih dahulu pada bulan November nanti.

X50 hanya akan muncul pada tahun 2020 dan ada desas-desus mengatakan ia akan diperkenalkan pada suku ketiga dalam tahun tersebut. Mungkin juga ia akan tiba lebih awal sekiranya Proton hanya melakukan “kejuruteraan bampar” dan menukar pemanduan sahaja. Kami sebenarnya sangat berharap akan ada lebih “sentuhan Proton” pada model ini, tidak terhad kepada penukaran jeriji dan bampar semata-mata.

Kami akan menyeru ejen Mat Bond untuk mengorek info-info terkini. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital
JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!
JOM BACA >> Perodua Axia 2019 – Tempahan kini dibuka, varian baharu STYLE diperkenalkan
JOM BACA >> Proton X70 dijangka lebih murah, bakal dilancarkan pada bulan November

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply