ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Foto Intipan

Views

Minggu ini mungkin antara yang paling kerap unit ujian berceloreng Proton X50 ditemui oleh pembaca kami. Merata ceruk muka bumi Semenanjung Malaysia telah dilalui oleh bakal SUV kedua Proton ini. Mungkin juga ada yang dah jemu dengan cerita sebegini, tetapi sebenarnya inilah cara kami menghargai jasa rakan pembaca yang sudi berkongsikan penemuan terbaharu mereka untuk tatapan semua.

Beberapa foto yang terima dari Ilham Ismail dan Mohd Fariz ini seolah-olah memberi ‘petunjuk’ secara tidak sengaja. Memang kedua-dua model yang diuji ini boleh dikatakan hampir sama sahaja termasuk bampar dengan empat corong ekzos, tetapi ada perbezaan ketara pada reka bentuk spoiler belakang.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Foto yang dirakam oleh Ilham Ismail di sekitar Damansara Damai semalam menunjukkan unit ujian ini menggunakan spoiler belakang pada versi Geely Bin Yue (SX11) Sport (foto di bawah berwarna merah). Satu lagi unit ujian yang sempat dirakam oleh Mohd Fariz petang tadi di Pantai Klebang, Melaka pula menggunakan spoiler belakang pada versi biasa.

Kami syak Proton sedang menguji beberapa varian yang bakal ditawarkan pada model X50 nanti termasuklah versi Sport. Di China, dua pilihan enjin ditawarkan pada model Geely Bin Yue – enjin 1.5 liter Drive E yang dipadankan bersama transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT) dan enjin 1.0 liter dengan transmisi manual 6-kelajuan.

Apa yang pasti, X50 akan ditawarkan dengan pilihan enjin enjin 1.5 liter Drive E bersama transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT) untuk pasaran tempatan. Kami jangka versi enjin 1.0 liter dengan transmisi manual 6-kelajuan mungkin tidak akan ditawarkan di sini memandangkan pembeli kereta baharu di negara ini kurang berminat dengan transmisi tersebut.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu

Kami ramal Proton akan menawarkan empat varian untuk model X50:

  • Varian Standard – 1.5 liter Drive E + 7-kelajuan dwi-klac (DCT)
  • Varian Executive – 1.5 liter Drive E + 7-kelajuan dwi-klac (DCT)
  • Varian Premium (mungkin tanpa bumbung suria) – 1.5 liter Drive E + 7-kelajuan dwi-klac (DCT)
  • Varian Sport (dengan bumbung suria) – 1.5 liter Drive E + 7-kelajuan dwi-klac (DCT)

Julat harga kami jangka akan bermula dari RM75K++ (varian Standard) hingga RM95K++ (varian Sport). Mungkin tanda harga pada model X70 CKD versi 1.5 liter Drive E boleh menjadi rujukan untuk meramal tanda harga model X50 nanti.

Model SUV kompak ini dilengkapi dengan sistem teknologi pemanduan autonomi Tahap 2 (Level 2) seperti Kawalan Jelajah Pintar (ICC) yang berfungsi sehingga kelajuan 150 km/j serta mampu menukar lorongnya sendiri dan Bantuan Parkir Automatik (APA). Selain itu, ia turut dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dengan pengecaman pejalan kaki dan Pengesan Titik Buta (BSD).

Nantikan perkembangan selanjutnya!

KLIK UNTUK BESARKAN

Geely Bin Yue (SX11) dan Geely Bin Yue (SX11) versi Sport

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply