ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD

Foto Intipan

Views

Sejak kebelakangan ini semakin kerap rakan-rakan kita terserempak dengan unit ujian Proton X50 pemanduan sebelah kanan (RHD) dan X70 CKD menjalani ujian jalan raya. Namun agak jarang sekali kita melihat kedua-dua model baharu Proton ini diuji secara bersama.

JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang

Sebentar tadi rakan kami Amir Zaheen Minhaj telah kongsikan satu rakaman video pendek berdurasi hanya 15 saat yang memaparkan kedua-dua model SUV tersebut sedang menjalani ujian secara bersama, beberapa hari yang lalu di sekitar bandar Tapah, Perak.

Kelihatan dua unit X70 CKD berwarna putih dan merah itu mengiringi sebuah X50 yang masih sarat dengan celoreng penyamaran yang berada di tengah-tengah. Walaupun kualiti video ini agak kurang memuaskan, kita masih dapat melihat emblem pada jeriji depan kedua-dua buah X70 CKD ini ditutup dengan pelekat hitam.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

Mungkin konvoi ini sedang menuju ke arah utara sebelum berpatah balik ke Shah Alam bagi mengumpul data-data yang penting untuk direkodkan oleh para jurutera pembangunan. Memandangkan ada desas-desus yang mengatakan X70 CKD akan menerima talaan Pemanduan dan Pengendalian (Ride & Handling) dari Proton, besar kemungkinan X50 akan menuruti jejak langkah yang sama.

Kami masih lagi menanti maklumat terbaharu dari ejen Mat Bond yang masih lagi bercuti pada ketika ini. Teruskan kesetiaan anda bersama kami!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua Bezza facelift versi Theophilus Chin
JOM BACA >> INTIP : Perodua sedang menguji sesuatu pada Daihatsu Tanto ini – Bukan model pengganti Kenari
JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital
JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply