ARKIB

KATEGORI

Buletin

Beli kereta percuma tuannya sekali!

Berita Global

Views

Tiba-tiba je ‘mood’ penulis kembali ceria dan cergas selepas terbaca kisah ini. Baru betul beli satu percuma satu! Yang ini beli kereta dapat tuan dia sekali, awek lawa tu beb, yahuu!!! Beberapa hari lalu kecoh di seluruh Indonesia setelah tular iklan seorang wanita yang mahu menjual keretanya menerusi laman Facebook peribadinya.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Exora Running Change (RC)?

Wanita yang hanya dikenali dengan nama Chaecha mula mengiklankan jualan kereta jenis Nissan Grand Livina miliknya pada 26 Mei lalu di Facebook dan turut membuat satu tawaran yang tidak dijangka. Chaecha membuat tawaran kepada sesiapa yang ingin membeli kereta tersebut beserta dengan dirinya sekali!

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Kepada yang ingin mencuba nasib, boleh menghubunginya menerusi nombor 0821.1452.4443. Harga jualan kereta tersebut tidak dinyatakan namun ada beberapa syarat yang diletakkan kepada mereka yang berminat, antaranya pembeli tersebut mestilah lelaki bujang, berusia antara 30 hingga 35 tahun dan sedang mencari teman hidup.

Setakat ini kami tidak dapat dipastikan sama ada kereta Chaecha sudah pun terjual atau tidak. Jika mahu mencuba nasib boleh la cuba hubungi nombor tersebut. Apa yang pasti bukan senang nak membeli kereta tersebut sebab anda perlu membeli hati tuannya terlebih dahulu. Selamat mencuba!

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Chaecha

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply