Michelin Malaysia meraikan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya dengan promosi eksklusif yang menawarkan aneka hadiah unik dengan pembelian tayar baharu Michelin.
Bermula dari 6 Januari hingga 9 April 2025, tiga pelanggan bertuah yang membeli sekurang-kurangnya dua unit tayar Michelin apa jua saiz akan berpeluang untuk memenangi Tesla Model Y facelift 2025.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Untuk menyertai peraduan ini, pelanggan hanya perlu menjawab enam soalan dengan betul, di samping memuat naik bukti pembelian mereka berserta satu gambar di akaun Facebook atau Instagram .
Gambar tersebut berkisarkan bagaimana mereka mengamalkan kelestarian dalam kehidupan harian masing-masing, dengan besertakan tanda pagar #MichelinMalaysia dan #MichelinCNYHariRaya2025.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Bukan itu sahaja, Michelin juga menawarkan kepada pelanggan yang membeli empat tayar Michelin (17-inci dan ke atas) peluang untuk menebus Michelin Duffle Bag yang eksklusif.
Beg edisi terhad ini boleh ditebus di outlet-outlet TYREPLUS dan Michelin yang mengambil bahagian, dan stok adalah terhad bagi 1,000 pelanggan terawal setiap minggu.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Michelin.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI