ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tesla Malaysia buka tempahan Model Y facelift 2025 (Juniper) – Dua varian, harga dari RM195,450

Berita Tempatan

Views

Tesla Malaysia mula membuka tempahan bagi model Model Y facelift 2025 (Projek Juniper) dengan memperkenalkan satu warna baharu, iaitu Glacier Blue. Dua pilihan varian ditawarkan dengan tanda harga bermula dari RM195,450.

Berikut adalah pilihan varian dan harga Model Y facelift 2025:

  • Rear-wheel drive – RM195,450
  • Long Range – RM242,450

Dari segi warna luaran, Model Y facelift 2025 ditawarkan dengan lima pilihan warna iaitu Stealth Grey , Pearl White Multi-Coat (tambah RM5,000), Glacier Blue (tambah RM7,500), Quicksilver dan Ultra Red masing-masing (tambah RM11,000).

Dua pilihan rekaan dan saiz rim ditawarkan, iaitu Crossflow bersaiz 19-inci dengan kemasan hitam (standard) atau pilihan rim ‘Helix 2.0’ bersaiz 20-inci dengan kos tambah RM10,000.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Model Y facelift 2025 menampilkan reka bentuk siber yang unik dengan jejalur lampu merentasi bahagian hadapan dan jejalur lampu belakang serta pintu belakang yang serba baharu diilhamkan oleh Cybercab dan Cybertruck.

Berikut adalah spesifikasi ringkas Model Y facelift 2025:

VarianModel Y Model Y Long Range
Motor Pacuan roda belakang Pacuan semua roda
Jarak pandu (WLTP) 466 km 551 km
0-100 km/j5.9 saat 4.3 saat
Kelajuan Maksima 201 km/j 201 km/hj
Harga RM195,450 RM242,450

Edisi pelancaran Model Y facelift 2025 hadir dengan pelbagai rekaan unik, termasuk lencana pelancaran khas di bahagian belakang, lencana bawah pintu berlampu, dan plat ambang pintu yang tertera perkataan ‘launch‘ setiap kali anda memasuki kenderaan.

Selain gaya luaran eksklusif, konsol pengecas dan alas kakinya turut dilengkapi dengan rekaan pelancaran khas dengan aksen perak, serta kemasan dalaman ‘suede vegan‘ serba hitam.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Model Y facelift 2025 turut dilengkapi dengan kabin yang lebih senyap dengan kaca dwi lapisan untuk semua tingkap dan bumbung kaca panoramik yang menggunakan kaca bersalut perak untuk mengurangkan sinaran UV dan haba yang memasuki kabin.

Tesla juga memperkenalkan reka bentuk rim baharu dan penyebar (diffuser) belakang untuk mengurangkan rintangan udara dan mengoptimumkan keseimbangan daya angkat antara roda hadapan dan belakang.

Ini mampu meningkatkan daya mendap (downforce) roda belakang, memberikan pengalaman pemanduan yang lebih senyap, stabil, dan cekap pada kelajuan tinggi.

Ciri-ciri utama dalam Model 3, seperti lampu suasana, tempat duduk hadapan berventilasi, dan paparan untuk barisan kedua tempat duduk penumpang juga tersedia pada model ini.

Pelanggan kini boleh dengan mudah menekan butang untuk melaraskan kedudukan atau melipat tempat duduk penumpang belakang.

Pelanggan juga boleh menambah ciri Enhanced Autopilot dengan kos tambahan sebanyak RM16,000 , manakala ciri pemanduan kendiri atau Full Self-Driving Capability dikenakan kos tambahan sebanyak RM32,000.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply