Leapmotor Malaysia mengumumkan promosi istimewa Tahun Baru Cina untuk model SUV elektrik, Leapmotor C10 sempena meraikan ketibaan “Tahun Ular”.
Dengan harga RM 159,000, Leapmotor C10 menawarkan dua pilihan rebat bernilai RM10,000 kepada pelanggan sempena Tahun Baru Cina untuk masa terhad seperti berikut:
Pilihan 1 | Pilihan 2 |
Pengecas Wallbox bernilai RM3,000 | Rebat tunai RM10,000 |
Kredit Pengecas bernilai RM2,000 | |
Sokongan Insurans bernilai RM5,000 |
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Kunjungi mana-mana pengedar sah Leapmotor di seluruh negara dari 17 Januari hingga 9 Februari 2025 untuk memandu uji dan menempah C10.
Acara ini terbuka kepada orang ramai dan pelanggan boleh membawa keluarga serta rakan-rakan untuk menikmati pelbagai aktiviti menarik seperti kraf perayaan yang menyeronokkan untuk menyambut Tahun Ular.
Reka bentuknya telah memenangi Anugerah Reka Bentuk CMF Antarabangsa dan Anugerah Reka Bentuk Perancis, dengan menampilkan rekaan rim Trident bersaiz 20-inci bersama elemen reka bentuk yang menandakan dinamik pemanduan yang dioptimumkan oleh Maserati.
Dikuasakan oleh bateri Litium Besi Fosfat (LFP) 69.9kWj dan motor elektrik, C10 yang menghasilkan 214 kuasa kuda dan menawarkan jarak pemanduan sehingga 424 km (WLTP).
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
SUV elektrik ini menawarkan kabin luas dengan kemasan tempat duduk tekstil premium dan mesra bayi OEKO-Tex, bumbung kaca panoramik 2.1 m2 dengan peneduh matahari elektrik boleh laras, serta skrin inforia 14.6 inci yang dikuasakan oleh Leap OS 4.0 dengan kemas kini Over-the-Air (OTA).
Dari segi keselamatan, C10 telah menerima penarafan keselamatan 5-bintang Euro NCAP dan suite ADAS Tahap 2 Leap Pilot.
Model ini ditawarkan dalam pilihan warna Glazed Green, Pearly White, Canopy Grey, atau Tundra Grey dengan dua pilihan rona dalaman Criollo Brown (hanya tersedia untuk Glazed Green) dan Midnight Aurora.
Selain itu, C10 dilindungi dengan jaminan komprehensif selama 6 tahun atau 150,000km, dan jaminan bateri selama 8 tahun atau 160,000km.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI