ARKIB

KATEGORI

Tular

Bengang sebab tiada tindakan – ‘Geng Brotherhood’ pacak batu nisan kat lubang jalan

Tular

Views

Semalam, tular beberapa foto di laman Facebook BROTHERHOOD PULAU INDAH 29 beberapa foto yang menunjukkan seorang lelaki yang merupakan anggota aktivis sukarelawan tersebut menanam batu nisan di lubang jalan di sekitar Klang.

JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?

Tindakan tersebut menurutnya bagi ‘menyedarkan’ Majlis Perbandaran Klang (MPK) supaya lebih pantas membuat tindakan menampal lubang tersebut setelah beberapa kali aduan dibuat. Tinjauan semula lelaki tersebut keesokan harinya mendapati lubang tersebut telah ditampal oleh pihak kontraktor MPK.

JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

Ini mungkin kali pertama tindakan tersebut dibuat, kerana sebelum ini Geng Brotherhood akan cuba menampal atau menanda kawasan jalan berlubang dengan tanda ‘bopley‘ rasmi mereka. Brotherhood atau Ikatan Silaturahim Brotherhood telah diasaskan oleh saudara Azlan Sani Zawawi atau Lando Zawawi telah banyak melakukan kerja-kerja amal berkaitan dengan jalan raya.

Antaranya menampal jalan berlubang, menanda jalan tersebut sebagai amaran kepada pengguna jalan raya, bahkan mengganti lampu dalam terowong motosikal dengan menggunakan duit mereka sendiri. Organisasi ini mempunyai ramai ahli di seluruh negara yang terdiri dari berbilang bangsa yang bersama-sama membantu untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda pengguna jalan raya terutama sekali penunggang dan pembonceng motosikal.

Salute Brotherhood! For our fallen brothers and sisters!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit BROTHERHOOD PULAU INDAH 29

JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini
JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar
JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply