ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isuzu Malaysia tawar moratorium pinjaman untuk ringankan beban pelanggan

Berita Tempatan

Views

Isuzu Malaysia merintis jalan tersendiri dalam usaha membantu pelanggan D-Max dengan menawarkan moratorium bagi bayaran ansuran pembiayaan kenderaan baharu bermula dari 1 Jun hingga 31 Ogos 2020. Kempen Penangguhan Ansuran Isuzu ini merupakan program yang pertama seumpamanya bagi segmen trak pikap dan syarikat berharap para pelanggan dapat menjana pendapatan mereka dengan mengoptimumkan penggunaan Isuzu D-Max sepanjang tempoh penangguhan tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Bahagian Kenderaan Perdagangan Ringan, Masayuki Suzuki, matlamat moratorium berkenaan ialah untuk membantu rakyat Malaysia menyambung dan meneruskan kehidupan mereka sepanjang tempoh pemulihan ini dengan memanfaatkan khidmat Isuzu D-Max yang cekap dan pelbagai guna.

JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?

Katanya, dengan menawarkan moratorium ini, Isuzu berharap pelanggan akan mampu untuk kembali kepada keadaan normal mereka seperti sebelum ini secepat mungkin. Kempen berkenaan merupakan kerjasama dengan Public Bank Berhad, merangkumi hampir semua model dalam barisan D-Max sedia ada dengan jumlah pinjaman sehingga 90 peratus bagi tempoh maksimum 84 bulan.

Jumlah minimum pinjaman yang layak untuk kempen ini ialah RM20,000. Pelanggan boleh memilih model Isuzu D-Max yang sesuai dengan keperluan dan peruntukan mereka daripada keseluruhan barisan D-Max yang ada dalam pasaran Malaysia.

JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

Isuzu D-Max mempunyai reputasi sebagai satu daripada model trak pikap paling tahan lasak dan jimat bahan api dalam pasaran dengan kemampuan yang telah terbukti, misalnya melalui penglibatannya di dalam ekspedisi off-road Borneo Safari sejak 14 tahun lalu.

Ia juga telah mengharungi perjalanan jarak jauh dari Bangkok ke Singapura dengan menggunakan hanya satu tangki diesel. Barisan Isuzu D-Max terbaru kini dilengkapi enjin 1.9 liter Blue Power, dan secara tidak langsung ia menikmati cukai jalan yang paling murah bagi kenderaan dalam sama kelas dengannya.

Enjin ini memberikan prestasi dan kecekapan penggunaan bahan api yang lebih baik berbanding unit 2.5 liter yang digantikannya. Baru-baru ini juga, D-Max 1.9 liter Single Cab telah menunjukkan kemampuannya dalam mengharungi cabaran laluan empat puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia dengan membawa beban satu tan meliputi jarak perjalanan 1,145 km dengan diesel yang masih berbaki di dalam tangki.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini
JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar
JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu
JOM BACA >> MESTI BACA : Simulator Perlumbaan – Apa yang anda perlu tahu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply