4月19日上午,特斯拉上海车展, 一女车主因刹车失灵维权,被人拉走。 pic.twitter.com/kkOWE8KfEP
— 今日中国 (@Today__China) April 19, 2021
Nampaknya Shanghai Auto Show 2021 yang mula membuka tirai untuk media semalam menjadi medan kepada seorang wanita yang merupakan pemilik Model 3, mengamuk dan menuduh Tesla memasang brek yang rosak pada keretanya.
Pada mulanya wanita tersebut berkunjung ke reruai Tesla di pameran tersebut dan kemudiannya memanjat sebuah unit pameran Model 3 sambil memakai baju-T yang tertera perkataan ‘Brek Hilang Kawalan’ dalam tulisan Cina.
JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
Wanita tersebut kemudiannya telah dikerumuni oleh sekumpulan pengawal keselamatan yang menggunakan payung untuk cuba menghalang dan melindungi mesejnya. Walaubagaimanapun, wanita itu berjaya merampas payung tersebut dan mencampakkannya sambil menjerit “brek Tesla hilang kawalan”, sebelum ditarik ke bawah dan dibawa keluar dari dewan pameran.
Kejadian tersebut telah berjaya dirakam oleh para pengunjung dan telah tular di media sosial. Tesla dalam satu kenyataan kepada Bloomberg memaklumkan yang “wanita itu sememangnya sudah terkenal kerana sering membuat protes berulang kali mengenai isu brek”.
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
Sebelum ini, dia telah membuat penstriman langsung dalam dewan pameran Shanghai Auto Show sebelum tiba di reruai Tesla. Menurut wakil tempatan, Tesla telah cuba memujuknya untuk turun dari kereta namun usaha mereka gagal, lalu memutuskan untuk memintanya dikeluarkan dengan bantuan pengawal keselamatan.
Wanita tersebut yang juga merupakan pemilik Tesla mendakwa brek pada Model 3 miliknya mengalami kerosakan dan hampir meragut nyawa empat anggota keluarganya dalam kemalangan. Walau bagaimanapun, Tesla berkata, data pada kenderaan menunjukkan bahawa sistem brek dan bantuan pemandu berfungsi dengan baik semasa kemalangan dan kelajuan sebelum kejadian tersebut adalah sekitar 75 mph (120 km/j).
Tesla menambah, pihaknya “amat mementingkan” hak pengguna dan mereka menawarkan beberapa penyelesaian dalam rundingan sebelumnya dengan pemilik kereta tersebut yang masih berkeras mahu memulangkannya. Malah Tesla turut mencadangkan agar kenderaan tersebut diperiksa oleh pihak ketiga, namun pemiliknya masih lagi menolak.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
KOMEN TERKINI