ARKIB

KATEGORI

Buletin

Permohonan rentas negeri yang lulus hanya dibenarkan hari Isnin hingga Khamis sahaja – PDRM

Berita Tempatan

Views

Polis Diraja Malaysia (PDRM) malam tadi mengesahkan pergerakan rentas negeri yang diluluskan hanya dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis sahaja. Menurut Astro AWANI, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata ia sebahagian langkah mengetatkan pergerakan rentas negeri berikutan peningkatan kes baharu COVID-19 di negara ini.

Kata beliau, pergerakan rentas negeri hanya dibenarkan bagi tujuan pekerjaan, kecemasan dan kematian (hanya melibatkan ahli keluarga terdekat iaitu ibu bapa, anak dan adik-beradik sahaja), perubatan, pendidikan serta pasangan jarak jauh.

JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

Tambah beliau, sekiranya permohonan pergerakan diluluskan, ia hanya dibenarkan pada Isnin hingga Khamis sahaja, manakala pergerakan pada hujung minggu iaitu Jumaat hingga Ahad tidak akan diluluskan. Bagaimanapun ini tidak termasuk bagi urusan kecemasan, kematian dan pasangan jarak jauh.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pergerakan rentas negeri bagi tujuan sosial seperti menghadiri kenduri perkahwinan atau apa-apa majlis atau jamuan adalah dilarang. Katanya, ia akan berkuat kuasa sehingga selepas Aidilfitri dan mana-mana pihak yang ingkar akan dikenakan tindakan tegas.

JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

Mengenai ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) di bazar Ramadan dan pasar malam, Acryl Sani berkata, semua ketua polis daerah dan pasukan pemantau pematuhan SOP akan digerakkan ke semua lokasi berkenaan.

Tambah beliau lagi, sekiranya didapati SOP tidak dipatuhi, PDRM akan mengemukakan saranan kepada pihak berkuasa tempatan agar aktiviti perniagaan di kawasan itu dihentikan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply