ARKIB

KATEGORI

Buletin

Berminat dengan Proton X70 2022 (MC1)? Daftar minat anda sekarang!

Berita Tempatan

Views

Hari ini laman Facebook rasmi Proton Cars menyiarkan iklan acah kedua Proton X70 2022 (MC1) dengan memaparkan foto penutup atas enjin yang tertera perkataan Proton G-Power.

Ini sekaligus mengesahkan yang X70 (MC1) akan dijana oleh pilihan enjin tiga-silinder 1.5-liter TGDI yang digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan dwicekam (DCT).

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Serentak dengan itu juga, mereka yang berminat dengan X70 (MC1) boleh mendaftarkan minat menerusi pautan ini. Model SUV itu akan ditawarkan dengan lima pilihan varian.

Empat daripadanya adalah varian dengan enjin 1.5-liter TGDI, manakala hanya satu varian sahaja yang masih mengekalkan enjin 1.8 litre T-GDI pada model semasa.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Berikut adalah senarai pilihan varian untuk Proton X70 MC1:

  • 1.5 Standard
  • 1.5 Executive
  • 1.5 AWD Executive
  • 1.5 Premium
  • 1.8 Premium

Pelancaran model ini bakal dilangsungkan pada jam 11:00 pagi, 19 Jun (Khamis) ini dan majlis tersebut akan disiarkan secara langsung dalam talian menerusi laman Facebook Proton Cars.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!t

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply