ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton siar iklan acah pertama X70 2022 (MC1), bakal dilancarkan 9 Jun

Berita Tempatan

Views

Laman Facebook rasmi Proton Cars hari ini secara rasminya mengesahkan pelancaran model X70 MC1 bakal dilangsungkan pada jam 11:00 pagi, 19 Jun ini.

Acara bakal disiarkan secara langsung dalam talian di laman Facebook Proton Cars. Dalam artikel terdahulu, maklumat yang kami perolehi mengatakan X70 MC1 bakal ditawarkan dalam lima pilihan varian, berbanding empat untuk versi sebelumnya.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Apa yang menarik ada empat varian menggunakan enjin tiga-silinder 1.5-liter TGDI yang digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan dwicekam (DCT).

Proton juga masih mengekalkan satu varian enjin 1.8 litre T-GDI pada model semasa yang dikhususkan hanya untuk varian Premium.

Berikut adalah senarai pilihan varian untuk Proton X70 MC1:

  • 1.5 Standard
  • 1.5 Executive
  • 1.5 AWD Executive
  • 1.5 Premium
  • 1.8 Premium

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Dari segi saiz rim ia ditawarkan dengan tiga saiz yang berbeza, varian Standard dilengkapi rim 17-inci, varian Executive rim 18-inci dan varian Premium rim 19-inci (sama seperti rim X70 Special Edition (SE)).

Varian AWD Executive turut membuat kemunculan semula dan sebelum ini kami pernah menyiarkan foto intip unit ujiannya dalam artikel terdahulu.

Ruang kabin varian Premium juga menggunakan rona warna hitam seperti X70 SE. Selain itu, model ini juga masih mengekalkan reka bentuk yang sama dengan jeriji kemasan hitam serta rekaan rim 18-inci yang baharu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!t

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply