ARKIB

KATEGORI

Buletin

Betul ke picit pam perlahan dapat minyak lebih? Pak Cik Shell bongkar misteri ini!

Tular

Views

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shairan Huzani (@pakcikshell)

Mungkin ramai yang masih tertanya-tanya, betul ke kalau picit picu pam lebih perlahan kita akan dapat minyak lebih? Fakta atau auta? Kali ini Pengarah Urusan Shell Malaysia, Shairan Huzani Husain atau lebih mesra dengan panggilan ‘Pakcik Shell‘ tampil untuk membongkarkan misteri tersebut.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Menerusi satu video pendek berdurasi 1 minit 43 saat, Pakcik Shell bersama kucingnya, HeiHei telah memberikan penerangan dengan cara yang paling santai dan mudah untuk difahami. Dalam video tersebut beliau bersama seorang atendan pam telah mengisi minyak dalam kuantiti 10 liter dalam satu bekas khas dengan dua teknik berbeza, memicit picu pam dengan laju dan perlahan.

Hasilnya, kuantiti minyak adalah sama sahaja. Bagi memudahkan lagi pemahaman, Pak Cik Shell membuat satu lagi ‘uji kaji ringkas’ dengan menuang air dalam kuantiti separuh cawan Costa Coffee. Dengan menggunakan teknik menuang air dengan perlahan dan cepat, jumlah isipadu air dalam cawan tersebut tetap sama.

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut

Jadi, selepas ini anda tidak perlu bimbang lagi untuk memicit picu pam dengan cepat kerana jumlah minyak yang dipam ke dalam tangki kereta anda tetap sama. Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah ditonton sebanyak 24,512 kali oleh wargamaya.

Pelbagai reaksi diberikan oleh wargamaya di ruangan komen Instagram tersebut. Semoga info ini memberi manfaat buat semua!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply