ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rasuah – JPJ sahkan 32 anggotanya terlibat dan ditahan

Berita Tempatan

Views

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan penahanan 32 anggotanya kerana disyaki terbabit rasuah dalam Operasi Sukat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini. Menurut Berita Harian, JPJ dalam kenyataan semalam memaklumkan, tindakan itu hasil kerjasama rapat antara pihaknya dan SPRM dalam usaha memastikan jabatan berkenaan sentiasa bersih daripada sebarang elemen salah guna kuasa serta gejala rasuah yang mengakibatkan ketirisan hasil negara.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Pengurusan tertinggi JPJ berharap tindakan sebegini akan menjadi satu manifestasi jelas bahawa JPJ tidak berkompromi dengan sebarang kegiatan boleh menjejaskan reputasi dan nama baik JPJ berhubung aspek integriti. Inisiatif ini tidak akan berhasil jika tidak mendapat kerjasama padu daripada semua pihak terutama dalam kalangan warga kerja JPJ sendiri.

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut

Justeru, pengurusan tertinggi JPJ merakamkan penghargaan kepada warga kerja JPJ yang sentiasa istiqamah menegakkan aspek integriti dalam menjalankan tugasan rutin mereka. Semalam, media melaporkan SPRM menahan 44 individu termasuk 32 pegawai JPJ, seorang anggota polis trafik dan seorang bekas anggota polis trafik disyaki terbabit melindungi pemandu lori yang melakukan kesalahan di beberapa negeri.

Operasi secara besar-besaran di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Perlis dan Melaka itu kerana disyaki melindungi pemandu lori melakukan kesalahan seperti membawa muatan lebih serta tidak memenuhi aspek teknikal kenderaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Utusan Online

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply