ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kilang Honda di India akan berpindah ke Indonesia

Berita Global

Views

Portal CNN Indonesia melaporkan, Menteri Perindustrian Indonesia, Agus Gumiwang Kartasasmita dalam satu kenyataan memaklumkan, gergasi automotif dari Jepun, Honda Motor Company bakal memindahkan kilang pengeluarannya di India ke Indonesia.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Tambah beliau, syarikat tersebut juga bersedia untuk menambah jumlah pelaburan mereka di negara republik tersebut dengan nilai sebanyak 5.2 trilion Rupiah (RM1.49 bilion) sehingga 2024. Menurutnya, Honda turut berjanji untuk membenarkan eksport komponen automotif ke sembilan buah negara, termasuk Thailand, Malaysia, Vietnam, Jepun, Pakistan, Arab Saudi, dan tiga negara Timur Tengah lain yang masih belum diumumkan.

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut

Ini kerana, negara-negara tersebut merupakan sebahagian daripada rantaian bekalan global bagi industri automotif. Honda juga dikhabarkan bakal menambah jaringan eksport hingga ke 31 buah negara di Asia, Afrika, dan Amerika. Selain itu, Honda juga akan membangunkan model-model baharu pada masa depan.

Honda bukanlah satu-satunya negara yang memberikan komitmen pelaburan di negara tersebut, malah Toyota dan Suzuki akan turut meningkatkan pelaburan mereka di sana sehingga 2024. Indonesia kini menjadi dambaan beberapa pengeluaran automotif global dan sebelum ini kami pernah menyiarkan artikel mengenai Hyundai yang akan memindahkan memindahkan ibu pejabat serantaunya di Petaling Jaya ke Indonesia.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bloombergquint.com

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply