ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bidaan nombor plat khas siri UiTM kini dibuka

Berita Tempatan

Views

Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyasarkan RM15 juta untuk bidaan nombor siri khas pendaftaran UiTM yang mula dibuka bermula hari sejak kelmarin. Menurut Kosmo, jumlah itu melibatkan nombor pendaftaran bermula UiTM 1 hingga UiTM 9999 melalui platform sistem bidaan UiTMBida.

Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, jualan nombor pendaftaran itu bertujuan membantu penjanaan pendapatan dan Tabung Endowment universiti tersebut.

JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!

Keseluruhan hasil jualan itu akan disalurkan untuk pemberian biasiswa pelajar, mobiliti, penyelidikan dan pembangunan (R&D) universiti. Kata Syed Zainal, berdasarkan tinjauan awal, pihaknya yakin mampu mencapai sasaran RM15 juta kerana mempunyai lebih 700,000 alumni di seluruh negara.

Beliau berkata demikan pada sidang akhbar selepas melancarkan sistem bidaan itu di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) UiTM di Shah Alam, baru-baru ini. Turut hadir, Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Mohd. Azraai Kassim dan Timbalan Pengarah Bahagian Pelesenan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Mohd. Hafiz Shamsani Othman.

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini

Ujar Syed Zainal, nilai bidaan minimum bagi setiap nombor pendaftaran itu telah ditetapkan pihaknya mengikut kategori masing-masing. Bagi kategori Prima yang termasuk nombor utama, harga bidaan dibuka bermula antara RM2,500 hingga RM20,000.

Tambahnya, nilai bidaan bagi kategori terpilih, terhad dan biasa pula dibuka antara RM500 hingga RM2,000. Menurutnya, semua pihak termasuk orang awam yang berminat membuat bidaan boleh melayari laman sesawang https:// uitmbida.uitm.edu.my.

Dalam pada itu, Mohd. Hafiz berkata, JPJ akan memantau sistem bidaan dibangunkan UiTM tersebut setiap enam bulan bagi mengelak sebarang kesulitan. Katanya, pemantauan itu akan dijalankan dalam tempoh tiga tahun sehingga proses bidaan semua nombor selesai sepenuhnya

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Universiti Teknologi MARA – Media Rasmi

JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply