ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Accord kekal terajui segmen-D

Berita Tempatan

Views

Generasi kesepuluh Honda Accord yang diperkenalkan sejak Februari lalu telah berjaya merekodkan lebih 920 unit tempahan. Varian paling popular adalah 1.5L VTEC Turbocharged Premium (TC-P) dengan menyumbang sebanyak 78 peratus daripada jumlah keseluruhan tempahan setakat ini.

Hampir 500 unit model tersebut telah diserahkan kepada pemiliknya di seluruh negara dan ini sekali gus mengekalkannya kedudukannya sebagai model segmen-D Nombor.1 pada separuh pertama 2020 dengan pegangan pasaran sebanyak 40 peratus.

JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!

Warna baharu, Platinum White Pearl muncul sebagai warna yang paling diminati dengan mengumpul sebanyak 33 peratus daripada jumlah keseluruhan tempahan. Kawasan Tengah pula menjadi penyumbang terbesar tempahan dengan 42 peratus, diikuti Kawasan Selatan dan Utara dengan masing-masing sebanyak 23 peratus dan 19 peratus.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Encik Toichi Ishiyama berkata, sejak pelancarannya, prestasi tempahan dan jualan model unggul ini telah meningkat secara beransur-ansur, di mana sumbangan terbesarnya semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini

Tambah beliau, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) terutama sekali pengecualian cukai jualan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia juga telah banyak membantu meningkatkan jumlah jualan kenderaan. Accord generasi kesepuluh menampilkan reka bentuk yang anggun dengan penggunaan lampu depan dan belakang jenis LED serta rim aloi 18-inci dengan Resonator yang direka untuk mengurangkan hingar tayar.

Ia dikuasakan oleh enjin 1.5L VTEC Turbo yang lebih berkuasa dari enjin 2.4L, dengan 201PS dan 260Nm daya kilas. Selain itu, model ini turut menerima pengiktirafan sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Accord dilengkapi dengan teknologi Honda SENSING yang paling menyeluruh serta mendapat penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP.

Berikut adalah senarai harga baharu Honda Accord generasi kesepuluh:

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply