ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Bidaan untuk nombor plet RIMAU tinggal 11 hari lagi

Views

Sempena Sukan SEA ke-29, Kuala Lumpur 2017, Kementerian Pengangkutan Malaysia melalui Jabatan Pengangkutan Jalan telah meluluskan nombor pendaftaran khas RIMAU 1 – RIMAU 9999 (Maskot Sukan SEA) kepada KBS sebagai sokongan kepada acara sukan terhebat di Asia Tenggara ini. Untuk membuat bidaan plat RIMAU sila layari laman sesawang www.rimau.org.my .

Anda perlu mendaftarkan maklumat peribadi, kategori nombor yang diminati serta butir-butir cara pembayaran. Mereka yang berminat perlu bayar deposit bagi memastikan hanya pembida yang serius sahaja menyertai laman pembidaan ini, pembida dikehendaki membayar deposit mengikut kategori nombor yang dipilih. Deposit tertinggi adalah RM 5,000.

Setelah pendaftaran dan pembayaran deposit selesai, anda akan menerima resit bayaran rasmi serta pengesahan pendaftaran. Langkah seterusnya, anda perlu membuat pilihan angka yang dikehendaki bermula daripada angka 1 sehingga 9999 dan mulakan bidaan. Sekiranya angka yang dipilih belum dibida, sila letakkan harga bidaan permulaan yang dirasakan sesuai.

Sekiranya telah dibida, anda boleh mencabar bidaan dengan cara meletakkan nilai yang lebih tinggi. Jika anda berjaya mendapatkan nombor yang telah dibida, anda akan menerima inbois melalui email dan perlu mejelaskan bayaran baki dalam tempah 3 hari. Masih ada masa untuk membida lagi, jangan tunggu lagi ye!

KLIK UNTUK BESARKAN

16665860_674993846021519_5441044843161506563_o

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply