ARKIB

KATEGORI

Buletin

HSDM tambah dua lagi varian baharu IONIQ 6, Lite dan Plus – Harga dari RM219,888

Berita Tempatan

Views

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) hari ini telah menambah dua lagi varian untuk model IONIQ 6, iaitu Lite dan Plus yang melengkapi varian sedia ada iaitu Max RWD dan Max AWD yang telah dilancarkan pada bulan Julai lalu.

Penghantaran kedua-dua varian ini dijangka bermula pada suku keempat (Q4) tahun ini. Berikut adalah harga bagi varian baharu IONIQ 6 (harga atas jalan tanpa insurans):

  • IONIQ 6 Lite RWD – RM219,888
  • IONIQ 6 Plus RWD – RM249,888

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Pilihan warna yang sama pada varian Max, turut ditawarkan pada varian Lite dan Plus iaitu Abyss Black Pearl, Nocturne Grey Matte, Biophilic Blue Pearl, Dive Blue Solid dan Gravity Gold Matte.

IONIQ 6 varian Lite dan Plus dikuasakan oleh motor elektrik tunggal menerusi pacuan roda belakang (RWD). Pek bateri lithium-ion polimer 53 kWj pula menjana motor 111 kW dengan menghasilkan 350 Nm daya kilas, sama seperti varian Max RWD.

Daya pecutan kedua-dua varian ini dari 0-100 km/j hanya mengambil masa 8.8 saat. Seni bina 800-voltan yang dikongsi dengan varian Max membolehkan kedua-duanya dicas dari 10 hingga 80 peratus dalam masa 18 minit menerusi pengecasan 350 kW DC.

Jika menggunakan pengecasan AC 11 kW, masa yang diambil untuk mengecas bateri dari 0 peratus sehingga penuh 100 peratus adalah selama 5.5 jam. Jarak pemanduannya pula adalah sejauh 429 km untuk sekali cas penuh (kitaran WLTP).

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Varian Lite dan Plus turut berkongsi kebanyakan kelengkapan yang ada pada varian Max. Ia merangkumi tujuh beg udara, Bantuan Kekalan Lorong (LKA), Bantuan Pengelakan Pelanggaran Hadapan (FCAA), Kawalan Jelajah Pintar (SCC) dengan fungsi Stop & Go dan Vehicle-to-Load (V2L).

Antara kelengkapan yang lain termasuklah paparan skrin berkembar 12.3 inci dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem pencahayaan ambien 64 warna, serta pengecasan nirwayar, pintu belakang kuasa dan banyak lagi.

Kedua-dua varian ini didatangkan dengan jaminan bateri selama lapan tahun atau jarak perbatuan 160,000 km. Dengan menambah RM10,000, waranti standard boleh dinaiktaraf kepada tempoh lima tahun atau 100,000 km, termasuk pakej servis percuma selama tiga tahun atau 50,000 km.

Bukan itu sahaja, 30 pelanggan terawal akan menerima keahlian Shell Recharge Gold selama setahun secara percuma. Tempahan kini dibuka di outlet jualan sah Hyundai di seluruh negara dan juga menerusi platform dalam talian di Cl!cktoBuy.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply