ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW Concept X7 iPerformance buat kemunculan pertama di Malaysia

Views

BMW Group Malaysia telah membawakan BMW Concept X7 iPerformance buat julung kalinya bukan sahaja di Malaysia, malah juga di rantau Asia Tenggara. En. Harald Hoelzl, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia berkata, kemewahan aras baharu ini pertama kalinya diperkenalkan di BMW Luxury Excellence Pavilion melalui BMW Concept 8 Series pada awal tahun ini dan sekali lagi menerusi BMW Concept X7 iPerformance.

Sepanjang tempoh 6 bulan yang pertama pada tahun 2018, BMW Group Malaysia telah menyerahkan lebih 6,400 unit kenderaan kepada pemilik baharu BMW, MINI dan BMW Motorrad, dengan peningkatan sebanyak 11 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. BMW melakarkan peningkatan sebanyak 11 peratus dengan penyerahan melebihi 5,300 unit kereta dalam tempoh 6 bulan yang pertama pada tahun 2018 berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

MINI juga mencatat peningkatan sebanyak 18 peratus dengan penyerahan melebihi 550 unit kenderaan MINI. BMW Motorrad juga telah menikmati peningkatan sebanyak 8 peratus dengan melebihi 540 pemilik baru. Portfolio kenderaan Plug-In Hybrid BMW Group Malaysia kini telah melakar lebih daripada separuh berbanding keseluruhan unit kenderaan yang dijual, iaitu pada tahap 56 peratus dengan penyerahan yang melebihi 3,200 unit kenderaan.

BMW Concept X7 iPerformance akan dipamerkan secara eksklusif di Bangsar Shopping Centre bermula hari Rabu, 18 Julai 2018 sehingga hari Ahad, 22 Julai 2018 ketika berlangsungnya BMW X Range Roadshow. BMW Concept X7 iPerformance adalah sebuah Kenderaan Sports Activity BMW (SAV) berkelas mewah yang menampilkan bahasa dan lenggok rekaan luaran yang menggabungkan bentuk dan garisan yang teliti, kehalusan dan kelincahan tinggi yang sejajar dengan saiz dan keseimbangannya.

Ciri utama yang terdapat di bahagian hadapan kereta ini ialah jeriji kidney menegaknya yang menonjol, bingkai jeriji serta bar menegak yang digunakan merupakan single-piece dan terdiri daripada reka bentuk yang padu. Bahagian atas lampu hadapan berkembar yang langsing dan memanjang pada kenderaan ini didatangkan dengan pencahayaan laser BMW yang bersambung pada jeriji kidney.

Jarak kelegaan tanah mana-mana model kenderaan BMW X serta garisan tetapan tinggi di bahagian kiri dan kanan kenderaan memberikannya penampilan atletik. Garisan bahu kenderaan ini memisahkan badan kereta tersebut ke bahagian berkaca (menampakkan ruangan dalaman kenderaan ini yang luas) dan struktur logam yang utuh.

JOM BACA >> TIPS : 5 Benda Yang Boleh Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta!

Jalur krom yang ketara pada ambang pintu (door sills) memberikan penekanan terhadap penampilan garisan bahu kereta ini yang memanjang. Bahagian luaran kenderaan ini pula dicat dengan warna eksklusif metalik Manhattan. Penampilan bahagian belakang kenderaan ini menterjemahkan keluasan ruangan kenderaan tersebut dengan sebaiknya menerusi bibir aero (aero lips) menegak serta pelindung bawah yang dipadankan dengan warna badannya membentuk sebuah bingkai yang menarik pada bahagian belakang.

Siluetnya pula didatangkan dengan lampu belakang yang langsing dengan bentuk L tiga dimensinya, dan dihubungkan dengan bar krom yang menawan, lalu memberikan jentera ini sebuah penampilan yang teknikal dan berkualiti tinggi pada bahagian belakang. Kereta ini juga hadir tanpa sebarang hiasan pada ekor ekzosnya.

Keluasan ruangan dalaman BMW Concept X7 iPerformance menterjemahkan keselesaan superlatif dengan ambien yang eksklusif dan penuh sofistikasi. Selain itu, bumbung panoramik kenderaan ini yang luas juga memberikan lebih banyak ruang vertikal bagi pemandu dan penumpang kenderaan ini.

Enam tempat duduk luas yang diseimbangkan di dalam kenderaan ini disusun melalui tiga barisan, empat daripada kesemua tempat duduk tersebut mempunyai reka bentuk individual yang eksklusif. Barisan tempat duduk kedua memberikan akses yang mudah ke barisan tempat duduk ketiga. Bumbung panoramik berkaca memenuhi kabin kereta ini menjadikan penumpang di barisan tempat duduk tengah merasai sensasi kebebasan dan keluasan sama seperti di tempat duduk hadapan.

Kulit gangsa (Olive-Bronze) gelap dengan pigmentasi emas halus yang menyelaputi bolster tempat duduk kenderaan ini membawa udara keeksklusifan dengan ketelitian. Material kulit berwarna putih (Smoke White) yang disulam pada permukaan tempat duduk pula memberikan kontras yang menarik. Setiap tempat duduk yang berbentuk kelompang pada bahagian belakang dirapikan dengan sulaman material kulit dan digunakan untuk menonjolkan ambien kontemporari dan bertaraf tinggi.

Elemen aluminium jenis kusam dan yang digilap telah digunakan untuk menambah keanggunan kenderaan tersebut. Keluasan serba mewah yang boleh dialami dari kesemua tempat duduk dibangkitkan lagi secara samar oleh uraian pencahayaan laser pada permukaan bumbung dan ambien dinamik serta pencahayaan kontur.

Skrin kluster instrumen bersaiz 12.3 inci dan paparan informasi skrin sentuh sentral terletak berhampiran satu sama lain untuk membolehkan pemaparan canggih yang berterusan. Kaca kristal dengan pencahayaan latar (backlit) separa yang berwarna gelap keperakan (Silver Night) mengunjurkan sofistikasi terhadap elemen yang lain seperti tuil pemilih (selector lever), Pengawal iDrive (iDrive Controller) dan butang multifungsi yang terletak di stereng.

Penumpang di tempat duduk barisan kedua boleh mengakses maklumat hibur dengan mudah melalui skrin sentuh yang terletak di belakang tempat duduk barisan pertama. Kandungan digital juga boleh dikongsikan dengan individu lain yang turut menaiki kenderaan tersebut. Koreografi LED interaktif (Interactive LED choreography) melalui panel pintu dan panel instrumen membolehkan komunikasi yang lancar antara skrin belakang dan paparan yang terletak di bahagian hadapan kabin.

JOM BACA >> TIPS : Kilatkan Lampu Depan Kereta Yang Kusam Dan Kekuningan Dengan Modal Tak Sampai RM15!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply