ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW Group Malaysia berjaya serah 11,567 unit kenderaan pada 2019

Berita Tempatan

Views

Sepanjang tahun 2019, BMW Group Malaysia telah berjaya menyerahkan 11,567 unit kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad menerusi pengenalan 32 model baharu daripada jenama BMW dan MINI, empat daripadanya ialah kenderaan elektrik. Sebanyak 3,148 unit kenderaan elektrik BMW dan MINI pula telah diserahkan pada tahun lalu dan secara keseluruhan lebih daripada 17,000 kenderaan elektrik dari dua jenama ini sejak tahun 2015.

Di peringkat global, sejumlah 145,815 unit kenderaan elektrik BMW dan MINI telah diserahkan di seluruh dunia pada tahun 2019. Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl, pihaknya omited untuk terus menerajui arena mobiliti elektro di Malaysia, khususnya menjelang pengumuman Polisi Automotif Nasional yang bakal melihat peranan penting kenderaan elektrik.

Tahun 2019 juga menandakan tahun ketiga secara berturut-turut di mana BMW Group Malaysia menyebarluaskan infrastruktur mobiliti elektro di dalam negara. Hanya dalam tempoh tiga tahun, pengeluar kenderaan premium ini telah memperkenalkan lebih daripada 30 Fasiliti Pengecasan BMW i.

JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?

Jenama BMW juga telah menyaksikan 9,300 pemilik baharu di Malaysia pada tahun lalu. Ia diterajui oleh penyerahan berjumlah 2,514 unit kenderaan BMW 3 Series, kira-kira 1,000 unit daripadanya ialah BMW 330e M Sport. Satu lagi penyumbang utama adalah BMW 5 Series yang menyaksikan lebih daripada 2,000 pemilik baharu.

Keluarga BMW X berjaya mencatat jumlah penyerahan sebanyak 3,985 unit sepanjang tahun 2019. BMW X3 merupakan penyumbang terbesar dengan penyerahan berjumlah 1,354 unit, diikuti BMW X1 dengan 1,331 unit. Jentera elektrik BMW X5 xDrive40e turut menyumbang kepada penyerahan berjumlah 24% (975) dalam Famili BMW X, lantas menjadikannya model BMW X yang ketiga terlaris pada tahun 2019.

MINI telah menyerahkan 1,142 unit kenderaan pada tahun lalu dengan MINI Countryman telah menyumbang kira-kira separuh daripada jumlah penyerahan yang dicatat sebanyak 685 unit. BMW Motorrad pula berjaya menyerahkan 1,125 unit motosikal dan penyumbang terbesar adalah dalam segmen Kembara (Adventure) yang menyaksikan lebih 600 pemilik baharu pada tahun 2019.



JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!

Secara global, BMW Group telah memecah rekod buat tahun yang kesembilan secara berturut-turut setakat tahun 2019, dengan jumlah penyerahan mencecah 2,520,307 unit. Jenama BMW telah merekodkan angka tertinggi pada tahun lalu, dengan penyerahan berjumlah 2,168,516 unit di seluruh dunia. Di persada antarabangsa, jenama MINI turut berjaya menyerahkan 346,639 unit kenderaan pada tahun lalu, sementara BMW Motorrad mencatat 175,162 unit motosikal yang diserahkan kepada pemilik baharu.

Untuk tahun 2020 BMW Group Malaysia akan terus menerajui Mobiliti Bervisi ke hadapan dengan komitmen yang jelas dan berterusan untuk memacu daya inovasi, keupayaan pemasangan di peringkat domestik, kesedaran terhadap teknologi yang baharu dan bersih bagi industri automotif, serta untuk mengubah infrastruktur kenderaan premium di Malaysia.

Pengeluar kenderaan premium berkenaan juga akan membawa Malaysia ke aras kecemerlangan kesukanan yang baharu menerusi “Story of Thrilling Sportiness” untuk mencabar status quo dalam semua arena, manakala “Story of Independent Style” akan menjadi pendorong utama bagi jiwa keindividualan jenama BMW, mendefinisikan semula aspek kemewahan dengan estetika yang mencetus inspirasi dan inovasi perintis yang dapat memahat tanda aras baharu dalam segmen kenderaan mewah.

Dengan tawaran pelbagai jenis pelan pembiayaan yang fleksibel, BMW Group Financial Services Malaysia juga berjaya membentuk sebuah portfolio perniagaan yang utuh, separuh daripada kenderaan BMW dan MINI yang diserahkan pada tahun lepas telah dibiayai dengan perkhidmatan berkenaan. BMW Group Financial Services juga telah memperkenalkan solusi pembiayaan Easy Drive untuk memudahkan mobiliti serta menjadikannya lebih fleksibel dan mampu milik untuk semua.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply