ARKIB

KATEGORI

Buletin

Skandal rasuah Airbus – Kamarudin dan Tony Fernandes lepas jawatan eksekutif dalam AirAsia

Berita Tempatan

Views

Susulan dengan pendedahan skandal rasuah Airbus, Sinar Harian melaporkan Pengerusi Eksekutif AirAsia Group Bhd (AAGB), Datuk Kamarudin Meranun dan Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Tony Fernandes melepaskan jawatan eksekutif mereka dalam kumpulan berkuat kuasa serta-merta.

Syarikat penerbangan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, pelepasan itu akan berjalan untuk tempoh dua bulan atau satu tempoh lain yang dianggap sesuai. Berikutan keadaan ekonomi semasa yang dihadapi oleh industri syarikat penerbangan, sebuah Jawatankuasa Lembaga Pengarah Bukan Eksekutif yang ditubuhkan oleh Lembaga Pengarah AAGB telah memutuskan untuk mengekalkan mereka sebagai penasihat kepada syarikat dalam tempoh dua bulan tersebut.

Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh ahli bukan eksekutif lembaga pengarah syarikat penerbangan itu. Berdasarkan kepada cadangan jawatankuasa berkenaan, Tharumalingam Kanagalingam telah dilantik sebagai pemangku interim Ketua Pegawai Eksekutif AAGB.

JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?

Kamarudin dan Tony Fernandes akan dilantik semula sebagai ahli lembaga pengarah bukan bebas bukan eksekutif AAGB. Saham AAGB dan AirAsia X Bhd menjunam dalam perdagangan aktif selepas laporan mengenai siasatan rasuah itu timbul.

Pada jam 5 petang semalam, AirAsia Group susut 15 sen atau 10.49 peratus kepada RM1.28 dengan 57.67 juta saham bertukar tangan, manakala AirAsia X merosot satu sen atau 7.69 peratus kepada 12 sen dengan 32.97 juta saham diniagakan. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) semalam berkata, ia akan meneliti kenyataan fakta dalam kes Regina menentang Airbus SE yang mendedahkan beberapa dakwaan terhadap AirAsia Group Bhd dan AirAsia X Bhd.

AirAsia menerusi kenyataannya pada Sabtu lalu menafikan dakwaan rasuah terhadapnya dan berkata ia tidak pernah terlibat dalam mana-mana siasatan Serious Fraud Office United Kingdom (SFO) mengenai Airbus atau diberikan sebarang peluang untuk menyediakan sebarang maklumat atau penjelasan kepada SFO.



JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!

Ia merujuk artikel bertajuk ‘AirAsia directors/staff got RM240 mil bribe from Airbus, court docs say‘ di laman web focusmalaysia.my serta artikel-artikel lain yang tersiar di media berkaitan Persetujuan Pendakwaan Tertunda yang dicapai oleh Airbus SE dan SFO pada 31 Januari 2020.

Artikel berkenaan mendakwa perjanjian tertentu oleh AirAsia untuk menempah pesawat Airbus adalah dikaitkan secara tidak wajar dengan penajaan oleh Airbus untuk sebuah pasukan sukan yang dimiliki bersama oleh eksekutif AirAsia.

Menurut syarikat penerbangan tambang rendah itu, mereka secara tegasnya menolak dan menafikan sebarang dan semua dakwaan salah laku ini. Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah memulakan siasatan terhadap dakwaan ke atas kedua-dua syarikat itu dengan menghubungi pihak berkuasa di United Kingdom.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Reuters

JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply