ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lelaki heret 99 buah telefon pintar dalam kereta sorong, cipta ‘kesesakan jalan palsu’ di Google Maps

Berita Global

Views
Google Maps Hacks by Simon Weckert

Google Maps sememangnya aplikasi yang banyak membantu kita, terutama sekali bila berada di luar kawasan untuk mencari jalan yang betul ke destinasi yang ingin kita tujui. Namun ia tidak bermakna aplikasi tersebut tidak boleh digodam atau diperdaya.

Seorang lelaki dari Berlin bernama Simon Weckert, telah berjaya memperdaya aplikasi tersebut dengan mencipta satu kesesakan jalan raya palsu di sebatang jalan yang lengang. Biar betul! Macam mana dia boleh ‘kelentong’ Google Maps?

JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?

Lelaki ini sebenarnya panjang juga akalnya, sanggup mengheret 99 buah telefon pintar terpakai yang dibelinya dan diaktifkan dengan Google Maps secara serentak dalam sebuah kereta sorong kecil. Kemudian dia menarik kereta sorong itu ke beberapa batang jalan sekitar Berlin dan yang paling menarik dia turut melalui jalan yang menempatkan pejabat Google.

Selang beberapa minit kemudian, peta jalan tersebut telah bertukar kepada warna merah di Google Maps, yang menunjukkan keadaan trafik yang sesak teruk. Namun lelaki tersebut enggan memberitahu bagaimana dia melakukannya dan ada kemungkinan yang dia sebenarnya cuma berbohong.



JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!

Jika terbukti benar, kami berharap agar pihak Google menyiasat dan mengatasi masalah tersebut dengan segera agar tiada lagi individu yang cuba untuk mencipta kesesakan jalan palsu untuk menganiaya pengguna jalan raya lain.

Setakat ini Google Maps masih boleh diharapkan, terutama sekali ketika penulis berada di luar kawasan, terutama di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Jangan ada yang ‘gatal tangan’ nak cuba buat macam ni lagi sudah la ye!

Sumber: Interesting Engineering

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply