ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW Group Malaysia perkenal BMW Charging dengan kerjasama JomCharge

Berita Tempatan

Views

BMW Group Malaysia memperkenalkan BMW Charging dengan kerjasama JomCharge bagi menaik taraf lagi Pengalaman Pemilikan Elektrik Bertaraf Premium.

Menurut Ketua Komunikasi Korporat dan Kelestarian di BMW Group Malaysia, Sashi Ambi, pihaknya memperkukuhkan landskap mobiliti elektro di Malaysia menerusi kerjasama strategik dengan peneraju industri seperti JomCharge, ChargEV dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pengarah Urusan EV Connection, Ir. Lee Yuen How, pula berkata, usaha sama dengan BMW membolehkan mereka mencapai sasaran penerimagunaan ZEV menerusi kerjasama untuk meningkatkan keyakinan warga umum terhadap ekosistem mobiliti elektro.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

BMW Charging menerusi kerjasama dengan JomCharge meliputi lebih 100 buah fasiliti pengecasan yang terletak secara strategik di seluruh kawasan pusat bandar dan pelbagai lebuh raya utama.

Rangkaian ini turut merangkumi infrastruktur yang dimiliki oleh Gentari, divisyen Mobiliti Hijau dan Tenaga Bersih di Petronas. Semua pemilik BMW i yang baharu dan sedia ada kini layak mendaftar untuk pakej BMW Charging.

Dengan yuran sekali sebanyak RM640, langganan tanpa diperbaharui selama setahun ini disertakan dengan kredit precuma JomCharge bernilai RM160 untuk menyediakan jumlah nilai pakej sebanyak RM800.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Setelah pendaftaran dibuat, pelanggan dapat memanfaatkan pakej ini sebagai perkhidmatan bayar bila guna dengan diskaun tambahan sebanyak 10 peratus bagi setiap transaksi pengecasan mereka selama satu tahun.

Setakat ini, BMW Group Malaysia telah membekalkan pemilik EV BMW dan MINI akses ke atas lebih 550 buah fasiliti pengecasan di seluruh negara.

Lebih daripada 80 buah fasiliti BMW i Charging turut disediakan di kebanyakan pusat pengedaran BMW dan MINI yang bertauliah di seluruh negara, dengan rancangan strategik untuk mengembangkan lagi infrastruktur ini pada tahun 2023.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply