ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota perkenal Aqua GR Sport 2023 untuk pasaran Jepun

Berita Global

Views

Model generasi pertama Toyota Aqua mula diperkenalkan di Jepun pada 2011 dan ia turut dikenali sebagai Prius c di pasaran negara lain.

Model terbaharunya telah pun dilancarkan tahun lalu dan hatchback kecil ini berkongsi pelantar yang sama dengan Yaris. Untuk tahun 2023, ia bakal menerima sentuhan daripada GR Sport.

 

Ini bukan kali pertama Aqua menerima talaan dari Gazoo Racing, kerana pada 2017 model generasi terdahulunya telah pun berbuat demikian.

Untuk edisi kali ini, beberapa perubahan pada perkakasan telah pun dibuat, antaranya stereng kuasa telah diubah suai untuk pengendalian yang lebih jitu.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Selain itu, suspensi depan dan belakangnya lebih tegar, tetapi suspensi belakang masih mengekalkan tetapan torsion beam asas, dan bukannya multi-link.

Jurutera Gazoo Racing juga menambah pendakap tambahan di bawah lantai dan memperkukuhkan bampar belakang untuk kestabilan yang lebih baik semasa membelok pada kelajuan lebih tinggi.

Mod Power+ memberikan tindak balas stereng yang lebih langsung berbanding sebelum ini untuk membuatkan Aqua berasa lincah, meskipun tidak menggunakan enjin tiga silinder turbo.

Rekaan badan yang lebih aggresif digandingkan dengan rim aloi 17-inci yang dibaluti dengan tayar Bridgestone Potenza 205/45 R17.

Di dalam kabin, ia dipasang dengan tempat duduk hadapan berjenama GR yang dibaluti kemasan kulit sintetik dan fabrik yang hanya ditawarkan pada model GR Sport.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Bukan itu sahaja, injak aluminium, stereng tiga-jejari dan kemasan gelap melengkapi perubahan yang dibuat di bahagian dalam.

Aqua GR Sport hanya ditawarkan dengan pacuan roda hadapan, manakala tahap kemasan lain turut ditawarkan dengan pacuan kesemua roda (AWD).

Ia dijana enjin petrol 1.5-liter tiga silinder yang menjana 91 kuasa kuda pada 5,500 rpm dan 120 Nm daya kilas pada 3,800 rpm.

Ini bermakna, Aqua merupakan model yang keenam daripada barisan GR Sport di Jepun selain Copen, Yaris, C-HR, Hilux, dan Land Cruiser. Di Jepun, Aqua GR Sport dijual pada harga 2,595,000 yen (RM83,988).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply