Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan di Setia Alam di Shah Alam pada Sabtu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada jam 11.30 malam.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar bersama sebuah jentera telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
Kejadian melibatkan sebuah kereta jenis BMW dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan dan melibatkan mangsa seorang lelaki tempatan.
Katanya, mangsa yang berumur 40 tahun itu bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan susulan kejadian.
Mangsa dibawa untuk rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian. Setakat ini punca kejadian masih dalam siasatan. – Sinar Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI