ARKIB

KATEGORI

Buletin

Enam ahli sindiket kurangkan duti kereta mewah didakwa Isnin depan

Berita Tempatan

Views

Enam ahli sindiket mengurangkan duti kereta mewah secara tidak sah yang mengakibatkan ketirisan cukai lebih RM33 juta, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Setar, Isnin dan Selasa ini.

Semua suspek yang juga pengusaha dan ‘runner‘ perkhidmatan gudang penyimpanan kereta mewah di Langkawi, ditahan menerusi operasi khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Julai lalu.

Keenam-enam suspek akan menghadapi lebih 21 pertuduhan mengikut Seksyen 468 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Operasi dijalankan SPRM susulan isu terkurang kutipan duti kastam sepanjang 2012 hingga 2021 di Langkawi yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2022 (LKAN 2022).

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

LKAN 2022 menyebut terdapat unsur ketirisan lebih RM72 juta dalam pengutipan duti kastam melibatkan lebih 100 kenderaan mewah pelbagai jenama antaranya seperti Lamborghini, Ferrari, Porsche, Bentley, McLaren dan Rolls Royce.

Susulan LKAN 2022 itu, SPRM menjalankan operasi khas yang dipanggil ‘Op Eagle‘ dan mengesan terdapat sindiket yang bersubahat dengan pemilik kereta mewah yang mahukan pengecualian dan pengurangan duti kastam, walaupun sebenarnya mereka tidak layak.

Sindiket ini menggunakan surat akuan sumpah atas nama pemilik kenderaan yang palsu sebagai tulen kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Menerusi operasi itu juga, SPRM turut mengesan unsur ketirisan dan salah laku rasuah di Pusat Bebas Cukai, seterusnya menjejak semula 100 kereta mewah yang disyaki mengelak daripada dikenakan duti kastam.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Pada operasi khas fasa pertama yang dijalankan di utara Semenanjung, Johor dan Sabah Julai tahun lalu, SPRM berjaya menyita sembilan kereta mewah pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai lebih RM12 juta.

Hasil operasi itu juga, SPRM berjaya menumpaskan satu sindiket mengurangkan duti kereta mewah secara tidak sah yang mengakibatkan ketirisan cukai kerajaan sehingga RM33 juta, selain turut menahan seramai tujuh individu.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan semua suspek akan didakwa mengikut Seksyen 468 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Katanya, SPRM juga sedang menyiasat pemilik-pemilik kenderaan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) kerana memilik serta melupuskan hasil kegiatan jenayah. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Borneo Network

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply