ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tambang bas sekolah dijangka naik Mac nanti

Berita Tempatan

Views

Tambang bas sekolah bagi sesi persekolahan penggal baharu pada Mac ini dijangka akan meningkat susulan pertambahan kos operasi dan penyelenggaraan jentera terutama di kawasan bandar seperti Lembah Klang.

Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia Amali Munif Rahmat berkata, jumlah peningkatan harga itu bagaimanapun tidak sama dan ia akan bergantung kepada operator selaku pihak yang menjalankan operasi.

Menurutnya, ia juga berdasarkan kawasan dan kos operasi selepas kerajaan sudah tidak mengawal tambang bas sekolah dan ia mengikut kepada pasaran sejak Januari 2015, malah pihaknya juga tiada kuasa menetapkan perkara berkenaan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Memang kemungkinan ada peningkatan harga untuk penggal baharu tetapi beliau tidak pasti berapa jumlahnya kerana ia berbeza mengikut operator itu sendiri dengan mereka perlu mengambil kira margin perniagaan dan situasi semasa.

Ketika ini alat ganti kenderaan mahal dan lebih 80 peratus alat ganti diimport dari luar. Kalau dulu mungkin harga alat ganti RM100 tetapi sekarang RM120 hingga RM150, selain itu kita perlu melihat kos penyelenggaraan bulanan.

“Kita perlu menukar minyak hitam dan perlu juga melihat berapa jauh perjalanan bas itu setiap bulan sebab itu saya kata operasi setiap operator tidak sama, malah ada juga operator perlu membayar parkir kalau tidak akan disaman,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, pihak persatuan hanya boleh memberi nasihat dan garis panduan kepada operator yang ia akan mengambil kira dan bergantung terhadap kajian semula penyata untung rugi, selain kata sepakat pihak berkenaan bersama ibu bapa.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Antara pelanggan setia bas sekolah adalah golongan B40 kerana ibu bapa bekerja dan pihaknya pun ada pertimbangan, malah ada mencadangkan kepada operator untuk memberi diskaun kepada ibu bapa yang mempunyai lebih empat anak yang menggunakan perkhidmatan bas sama.

Tambanya, beliau memahami tanpa kenaikan harga tambang ketika kos penyelenggaraan semakin meningkat ia hanya akan mengheret pengusaha kepada kerugian yang akhirnya tidak mustahil akan menyebabkan mereka pula gulung tikar.

Bilangan bas sekolah selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semakin berkurangan hampir 50 peratus dan sekarang permintaan bas sekolah memang tinggi tetapi dalam perkara ini (kenaikan tambang) kedua-dua pihak saling memerlukan dan perlu memahami mengenainya.

Dalam masa sama beliau berharap pihak operator kalau boleh jangan naikkan harga tanpa keperluan dan (boleh) naikkan tambang jika ia memang memerlukan dalam keadaan yang sewajarnya. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply