ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW Malaysia lancar BMW 3 Series facelift – Tiga varian M Sport, harga dari RM283,800

Berita Tempatan

Views

BMW Malaysia hari ini secara rasminya melancarkan BMW 3 Series facelift terbaharu ke pasaran Malaysia. Model pemasangan tempatan (CKD) ini ditawarkan dalam tiga pilihan varian.

Berikut adalah pilihan varian dan harga harga jualan BMW 3 Series facelift terbaharu:

  • BMW 320i M Sport 2023 – RM283,800
  • BMW 330e M Sport 2023 – RM298,800
  • BMW 330i M Sport 2023 – RM317,800

Kesemua varian kini didatangkan dengan pakej M Sport secara standard. Antara perubahan yang dibuat untuk versi facelift kali ini adalah lampu hadapan LED yang direka semula, serta jeriji ‘kidney‘ yang menampilkan corak lingkaran yang baharu.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Di bahagian belakang turut mendapat sentuhan semula terutama pada bahagian bampar dan ukuran saiz diameter corong ekzosnya kini bertambah kepada 100 mm bagi memberikan gaya yang lebih sporty. Kesemua varian didatangkan dengan rim 18-inci M Style 848 dengan kemasan dwitona.

Di dalam kabinnya kini menampilkan skrin melengkung yang merangkumi kombinasi paparan pelbagai info 12.3-inci dan infohibur 14.9-inci, BMW Curved Display yang berasaskan BMW Operating System 8.

Kali ini, semua varian didatangkan standard dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto selain paparan dongak (head-up). Tuil gearnya juga diberi sentuhan baharu yang lebih minimalis.

BMW 3 Series facelift masih lagi mengekalkan rangkaian kuasanya, iaitu enjin B48 2.0L turbo yang menawarkan output 184 PS dan 300 Nm daya kilas untuk varian 320i, 258 PS dan 400 Nm daya kilas untuk varian 330i, manakala varian 330e menghamburkan output sebanyak 292 PS dan 420 Nm daya kilas.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Kesemua varian dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan. Dari segi keselamatan pula, ia dilengkapi dengan Driving Assistance Package yang merangkumi:

  • Amaran Keluar Lorong dengan intervensi stereng aktif
  • Amaran Perubahan Lorong
  • Amaran Pelanggaran Hadapan dengan intervensi brek
  • Amaran Lintasan Trafik Belakang
  • Informasi Had Kelajuan
  • Bantuan Parkir

Pemilik BMW 3 Series baharu juga dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, yang meliputi:

  • Jaminan tanpa had perbatuan selama 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
  • Bantuan pinggir jalan dan talian kemalangan BMW
  • Aplikasi mudah alih ‘BMW Group Loyalty+‘ – Kad Keistimewaan BMW
  • Servis secara dalam talian BMW

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply