ARKIB

KATEGORI

Buletin

CARSOME umum kerjasama dengan Electrum, bantu percepatkan lagi penggunaan EV dua roda di Indonesia

Berita Global

Views

CARSOME sedang mengembangkan sayapnya ke negara Indonesia dan komited untuk melabur dalam mengembangkan perniagaannya di ibu negara baharu yang sedang dalam perancangan, iaitu Nusantara.

Mereka berganding bahu bersama syarikat berpangkalan di sana, iaitu Electrum untuk menyumbang kepada masa depan mobiliti Indonesia dengan menggalakkan penggunaan penyelesaian mobiliti mampan.

Electrum ialah syarikat usaha sama antara TBS Energi Utama dan Gojek dengan misi untuk membangunkan dan mengubah ekosistem kenderaan elektrik dua roda di Indonesia.

Bersempena dengan penyertaan CARSOME dalam lawatan kerja Perdana Menteri Malaysia ke Jakarta, pada Ahad lalu, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CARSOME Eric Cheng telah menyerahkan Surat Niat (LOI) kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Abdul Aziz.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Ia bagi menyatakan minat syarikat untuk menubuhkan operasi di Nusantara dan melabur dalam pendigitalan industri automotifnya.

Majlis itu disaksikan oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang diiringi Menteri Luar YB Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Luar Indonesia Retno Werdiningsih, dan Menteri Kerja Raya dan Perumahan Indonesia Basuki Hadimuljono.

LOI CARSOME kemudiannya diserahkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia kepada Bambang Susantono, Pengerusi Lembaga Ibu Kota Nusantara di hadapan Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Indonesia, Joko Widodo di Istana Presiden Bogor pada Isnin.

Dalam perkembangan berasingan, CARSOME turut mengumumkan kerjasamanya dengan Electrum untuk mempercepatkan lagi penggunaan EV dua roda. Electrum telah ditubuhkan pada 2021 dan bertujuan untuk memacu Indonesia untuk muncul sebagai peneraju dalam industri EV global.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Menurut Eric Cheng, kerjasama tersebut menandakan era baharu dalam perjalanan CARSOME untuk mematangkan rancangan mereka dan menyokong pertumbuhan jangkaan dalam penggunaan EV di seluruh rantau ini.

Pada masa ini, CARSOME mengendalikan 42 pusat runcit di Jabodetabek, Jawa Barat dan Jawa Timur. Ia melancarkan CARSOME Certified Lab pertamanya di Indonesia pada Ogos 2022 yang merupakan yang terbesar kendaliannya.

Pada Jun 2022, CARSOME Academy, institut teknikal automotif CARSOME, telah dilancarkan di Jakarta bagi meningkatkan lagi tenaga kerja mahir dalam industri automotif.

Antara pakatan strategik lain di Indonesia termasuk pengambilalihan iCar Asia, platform automotif dalam talian terbesar di Asia Tenggara yang mengendalikan portal Mobil123 di Indonesia serta pemerolehan saham ekuiti PT Universal Collection, syarikat perkhidmatan lelongan kereta dan motosikal yang berpangkalan di Jakarta serta anak syarikat mereka di seluruh Indonesia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply