ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW Malaysia lancar kempen “Joy.Electrified by i”

Berita Tempatan

Views

BMW Malaysia terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai pembekal e-mobiliti terkemuka di Malaysia dengan melancarkan kempen Joy.Electrified by i. Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia Harald Hoelzl, kempen ini akan memfokuskan bukan sahaja aspek pengeluaran kenderaan lestari bertaraf premium yang terbaharu, malah memacu inovasi dan keupayaan pemasangan di peringkat tempatan, kesedaran mengenai teknologi baharu dan bersih serta membangunkan infrastruktur kenderaan elektrik premium di Malaysia.

Kempen ini membuka tirai dengan penawaran eksklusif “Unplug & Play” untuk jentera BMW 530e, termasuk kadar pembiayaan berjumlah 0.33 peratus melalui BMW Straight Line Financing Solution serta rebat bermula daripada RM20,000 dan ke atas. Di samping itu, BMW 530e dan kenderaan BMW iPerformance terpilih yang lain akan dilindungi oleh Insurans Motor Komprehensif BMW selama setahun secara percuma, termasuk Program Perlindungan Terunggul BMW selama setahun.

Kesemua kenderaan BMW iPerformance juga akan menerima waranti bateri hibrid untuk tempoh 6 tahun atau jarak perbatuan berjumlah 100,000 km. Sempena pengenalan Joy.Electrified by i, Insurans Motor Komprehensif BMW selama setahun akan ditawarkan bersama pelan pembiayaan fleksibel daripada BMW Group Financial Services Malaysia.

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980

Insurans motor ini menjamin kesenangan yang maksimum dan hanya mengambil waktu yang singkat untuk menangani insiden kemalangan atau kerugian sepenuhnya (total loss). Jika jentera BMW anda disahkan rugi sepenuhnya akibat kecurian dalam tempoh pemilikan 12 bulan yang pertama, ia akan digantikan dengan jentera BMW baharu.

Program insurans motor ini akan menyelesaikan tuntutan kerugian sepenuhnya atau kecurian, termasuk pemprosesan tuntutan segera bagi kerosakan pada cermin hadapan, serta pengecualian penambahbaikan (waiver of betterment) sehingga 10 tahun bagi kenderaan anda.

Untuk menggandakan perlindungan ini, BMW Ultimate Protection Programme juga akan ditawarkan secara percuma selama setahun dengan jentera BMW yang diinsuranskan oleh BMW Comprehensive Motor Insurance. Pelan insurans yang unik ini ditaja jamin oleh Allianz General Insurance Company, meliputi pemandu dan kenderaan BMW mereka untuk bantuan khas (special relief), kerosakan calar dan kemek, dan banyak lagi.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Kempen ini juga memperkenalkan BMW ChargeNow Promo yang bakal menghadiahkan pemilik kenderaan BMW iPerformance yang terpilih seunit BMW i AC Fast Charging Cable dan kad BMW ChargeNow yang memberikan akses langsung ke atas stesen-stesen pengecasan rakan kongsi BMW seperti ChargEV oleh Malaysian Green Technology Corporation.

Dengan perkhidmatan BMW ChargeNow, para pelanggan dapat menikmati bantuan dan akses 24/7 ke atas semua lokasi pengecasan dalam rangkaian ChargEV yang kini menawarkan lebih daripada 270 fasiliti pengecasan di seluruh negara. Selain itu, pemilik baharu BMW 740Le juga akan menerima BMW i Wallbox Plus dan BMW i AC Fast Charging Cable menerusi BMW i Wallbox Promo.

Tawaran eksklusif ini hanya tempoh terhad bermula hari ini sehingga 31 Mac 2020. Tambah Hoelzl lagi, pihaknya sedar bahawa keutamaan harus diberikan kepada penubuhan ekosistem yang baik untuk membolehkan mobiliti elektro berkembang. Pihaknya juga ingin memperkukuhkan lagi pelaburan serta inisiatif mereka di negara ini untuk membantu warga Malaysia memperoleh akses yang lebih luas ke atas mobiliti elektro.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply