ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

Berita Tempatan

Views

Model pertama hasil usahasama Proton dan Geely yang dipasang secara tempatan kini telah tiba! Setelah lebih setahun sejak ia diperkenalkan, Proton X70 2020 pemasangan tempatan (CKD) telahpun dilancarkan secara rasmi sebentar tadi oleh Datuk Sri Syed Faisal Albar, Pengerusi, Proton Holdings Bhd.

SUV pertama Proton ini dihasilkan di kilang baharu Proton di Tanjung Malim dengan kos pembinaan telah menelan belanja sebanyak RM1.2 bilion. Pengeluaran model ini telah bermula secara rasmi pada bulan Disember 2019. Empat varian ditawarkan, bermula dengan varian Standard  1.8 liter TGDi 2WD, Executive  1.8 liter TGDi  2WD, Premium 1.8 liter TGDi 2WD dan Premium X – 1.8 liter TGDi 2WD.

JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan

X70 2020 (CKD) dikuasakan oleh enjin 1.8 liter TGDi dengan penalaan baharu yang digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT) yang menggunakan klac basah. Kombinasi enjin dan transmisi ini nanti dikatakan mampu menghasilkan 181 kuasa kuda (sama seperti sebelumnya) namun daya kilasnya meningkat kepada 300 Nm (hanya 285Nm pada model CBU).

Bukan sekadar daya kilas semakin meningkat, penggunaan bahan bakar juga lebih cekap, sekitar 7.8 liter per 100km ke 7.5 liter per 100km untuk model pacuan roda hadapan (FWD). Para jurutera Proton turut menurunkan kepakaran mereka dengan menala kembali Pemanduan dan Pengendalian model SUV ini.

X70 2020 akan dilengkapi dengan Power Tailgate System untuk varian Executive dan Premium. Apa yang membezakannya adalah untuk varian Premium ia akan mempunyai ciri sensor kaki, anda cuma julurkan kaki ke bawah sensor dan pintu belakang akan terbuka secara automatik. Model ini ditawarkan dengan enam pilihan warna, Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Ruby Red, Cinnamon Brown dan termasuk warna baharu Space Grey.

JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu

Proton menawarkan waranti selama lima-tahun tanpa had perbatuan dan apa yang menarik harga bagi model ini diselaraskan untuk seluruh Malaysia, jadi harganya adalah sama di Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak. X70 2020 hadir dengan pakej standard seperti pakej data 1GB setiap bulan, 5 kali servis penyelenggaraan dengan kos buruh percuma, kadar faedah serendah 2.32 peratus setahun dan perlindungan insuran premium.

Bagi 3,000 pembeli terawal model ini, Proton turut menawarkan pakej istimewa iaitu data internet tambahan sebanyak 4GB selama lima tahun (bernilai RM1,740), serta pakej aksesori yang terdiri dari kamera papan pemuka (dash cam), alas kaki, pelindung matahari, visor pintu, boot tray dan trunk organizer secara percuma.

Berikut senarai varian dan harga jualan model Proton X70 2020 (CKD) (harga atas jalan tanpa insurans):

  • Varian Standard  1.8 liter TGDi 2WD – RM94,800
  • Varian Executive  1.8 liter TGDi  2WD – RM106,800.00
  • Varian Premium 1.8 liter TGDi 2WD (Tiada bumbung suria) – RM119,800.00
  • Varian Premium X – 1.8 liter TGDi 2WD (Dengan bumbung suria) – RM122,800.00

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar
JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?
JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply