ARKIB

KATEGORI

Impresi Artis

Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu

Gambaran Artis

Views

Hingga ke hari ini masih belum ada berita mengenai model pengganti kepada Proton Suprima S. Versi hatchback Prevé itu kini tidak lagi dijual oleh Proton memandangkan permintaannya yang agak sendu. Proton juga masih belum memberi sebarang petanda mengenai pengganti model ini, namun rakan kami Theophilus Chin mengambil inisiatif sendiri untuk memberi ‘gambaran secara maya’ generasi baharu model tersebut.

JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

Berbekalkan kepakaran serta pengalamannya dalam manipulasi foto secara digital, Theo. Sekilas pandang, Suprima S generasi baharu rekaan Theo ini mirip model Seat Leon 2020 namun diolah penampilannya dengan menyuntik elemen rekaan terkini Proton, Infinite Weave dan busur (Ethereal Bow).

Jeriji hadapan rekaan ini, kelihatan lebih lebar dan sarat dengan motif Infinite Weave di bahagian dalam, menjadikan wajah Suprima S versi Theo nampak lebih garang dan sporty. Dari sisi, agak ketara kelihatan rekaan Leon 2020 terutama sekali tingkap pada tiang-C yang berbentuk menirus ke atas dan bersambung dengan cermin belakang.

JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

Garis bahu dan otot-otot kereta ini jelas amat menonjol, sekali gus menjadikan bentuk luarannya lebih padu dan sasa. Di bahagian belakang, lampunya masih lagi membawa unsur rekaan model terdahulu, tetapi kali ini ia disambungkan dengan satu jalur lampu yang merentangi kedua-duanya. Rekaan bampar belakang kelihatan kemas manakala emblem huruf P R O T O N diletakkan di bawah jejalur lampu.

Secara keseluruhan, rekaan Suprima S versi Theo ini kelihatan seperti sebuah model hatchback dari jenama Eropah. Kami berharap Proton mempertimbangkan untuk menghasilkan semula Suprima S generasi baharu yang dibangunkan dari platform Geely sedia ada pada masa akan datang, kerana model ini masih mempunyai peminatnya yang tersendiri.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu
JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar
JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply