ARKIB

KATEGORI

Buletin

Warga Bangladesh cemas kenderaan dirempuh kereta perisai

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan, empat sekeluarga warga Bangladesh mengalami detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta perisai tentera di Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) petang semalam.

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, kejadian berlaku 4.20 petang di Kilometer 14.3 SPDH membabitkan kereta perisai tentera dan Honda CR-V yang dipandu wanita Bangladesh.

Jelas beliau, siasatan awal mendapati kereta perisai dan trak tentera (milik Angkatan Tentera Malaysia) dalam perjalanan pulang dari Kem Rasah Markas 1 Briged menghala ke Kem 2 Amor Port Dickson. Tambahnya, pergerakan secara konvoi dengan kedudukan konvoi didahului dengan Proton Saga diikuti kereta perisai dan terakhir trak tiga tan.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Apabila tiba di lokasi kejadian, Honda CR-V dipandu wanita Bangladesh dari arah kiri menukar haluan secara tiba-tiba. Katanya, kerana jarak yang sangat dekat, kereta perisai tentera gagal memberhentikan kenderaan lalu melanggar Honda CR-V dan mengheret kenderaan itu ke lorong kecemasan.

Tambah beliau lagi, dalam kemalangan itu, semua yang terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes ini disiasat mengikut Rule 6 LN 166/59.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply