BMW Premium Selection 2019 akan berlangsung selama tiga hari bermula 13 September hingga 15 September ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. 300 pengunjung pertama akan dihadiahkan Insurans Komprehensif BMW atau MINI selama setahun bagi pembelian kenderaan yang dibuat. Bukan itu sahaja, mereka akan turut menerima sebuah kamera berdefinisi tinggi (HD) BMW Advanced Car Eye secara percuma.
Para pengunjung juga berpeluang untuk memenangi barangan eksklusif keluaran BMW dan MINI menerusi cabutan bertuah dengan setiap pembelian jentera BMW Premium Selection. Di samping itu, wakil-wakil pengedar BMW yang terpilih juga akan menghoskan acara di lokasi-lokasi utama, antaranya:
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
- CityOne Megamall oleh Regas Premium Auto Kuching
- Tempat letak kereta di sebelah One Stop Premium Outlet, Kolombong oleh Regas Premiums Sabah
- C-Mart, Alor Setar oleh Lee Motors.
- Wearnes Autohaus pula akan menghoskan acara berkenaan di premis mereka sendiri.
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl berkata, menerusi acara BMW Premium Selection 2019 mereka ingin melihat keluarga BMW terus berkembang dan akan terus membawakan perkhidmatan bertaraf dunia untuk para pelanggan. Acara BMW Premium Selection 2019 akan menampilkan BMW X5, BMW 3 Series dan BMW 7 Series serta model-model jentera daripada portfolio MINI dan BMW Motorrad.
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
Sesi pandu uji juga bakal disediakan bagi kesemua model yang dipamerkan sepanjang acara berkenaan. Peserta yang berminat kini boleh melihat lebih awal lebih daripada 500 unit kenderaan terpakai BMW dan MINI di laman sesawang BMW Premium Selection sebelum mengujinya di lokasi pameran.
Butiran mengenai acara BMW Premium Selection adalah seperti berikut:
Tarikh: 13 – 15 September 2019
Waktu: 10:00 pagi – 7:00 malam
Lokasi: Tempat letak kereta B, Stadium Nasional Bukit Jalil
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji
JOM BACA >> Perodua Bezza facelift versi Theophilus Chin
JOM BACA >> INTIP : Perodua sedang menguji sesuatu pada Daihatsu Tanto ini – Bukan model pengganti Kenari
KOMEN TERKINI