ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Berita Automotif

Bomba bantu keluarkan lelaki terperangkap di bawah kren terbalik

Berita Tempatan

Views

Bernama melaporkan, seorang lelaki berusia 28 tahun terpaksa diselamatkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat selepas terperangkap lebih satu jam di bawah kren jenis Kobelco seberat 26 tan yang terbalik, di Kuala Lumpur, pagi tadi.

JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian itu berlaku berhampiran Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang di Cheras. Menurut kenyataan tersebut, pihak Bomba menerima panggilan kecemasan pada  7.54 pagi melalui talian MERS 999.

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

Unit penyelamat dari Balai Bomba Cheras dan Balai Bomba Bandar Tun Razak dengan kekuatan keseluruhan 21 anggota terus digerakkan ke lokasi kejadian. Komander Operasi Kanan JBPM Imam Bukhari Susami berkata, pihaknya mendapati sebuah kren telah terbalik mengakibatkan pemandunya terperangkap di bawah.

Kata beliau lagi, mangsa telah berjaya diselamatkan pada kira-kira 9.50 pagi dan didapati patah kaki kirinya dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menerima rawatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan Bomba dan Penyelamat W.P Kuala Lumpur

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply