Harian Metro melaporkan, seorang vlogger muda dari Rusia bernama Mikhail Litvin membuat satu tindakan nekad dengan sengaja membakar kereta miliknya hingga rentung gara-gara ia sering rosak. Kereta jenis Mercedes-AMG GT63 yang dibelinya Disember tahun lalu telah dibakar dan disiarkan menerusi saluran YouTube rasminya dengan tontonan kini mencecah 11 juta orang.
Media Rusia melaporkan, Mikhail Litvin membeli kereta mewah itu dengan harga 13 juta rubel (kira-kira RM696,000). Kata Mikhail, dengan wang sebanyak itu, dia mengharapkan prestasi dan ketahanan kereta mewah itu seperti apa yang diidamkan namun sangkaannya meleset sama sekali.
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
Katanya, kereta itu hanya digunakan dengan jarak perbatuan 15,000 kilometer tetapi dia mendakwa kenderaan itu sering ‘keluar masuk’ bengkel sejak 10 bulan lalu. Kesal dengan masalah yang tidak selesai itu termasuk mendakwa pengeluar kereta itu enggan bertanggungjawab, Litzin memutuskan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah itu adalah membakarnya sehingga rentung.
Menurut laporan media tempatan, kereta Litvin dihantar di pusat servis Mercedes sebanyak empat kali, sejak dia membelinya dan pengedar jenama mewah itu enggan menanggung kos membaikinya. Vlogger itu mendakwa, pengedar menolak untuk membaiki keretanya menyebabkan dia menghantar ke bengkel rakan.
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
Bosan terpaksa mengeluarkan wang untuk membaiki dengan kos mahal bagi sebuah kereta mewah baharu, Litvin memutuskan untuk memusnahkan Mercedes-AMG GT63 itu dengan harapan akan menarik perhatian ramai.
Awal bulan ini, vlogger muda itu memandu kereta itu ke tengah ladang, menyimbah bahagian luar dan dalam kereta itu dengan petrol sebelum menyalakan api. Dia kemudiannya pulang ke rumah dengan memandu sebuah kereta lama.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Mikhail Litvin
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
KOMEN TERKINI