ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta api tergelincir dekat Stesen Genuang, semua penumpang selamat

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu kenyataan media ringkas yang disiarkan di laman Facebook rasminya, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengesahkan sebuah kereta api dengan 10 penumpang tergelincir berhampiran Stesen Genuang dekat Segamat, awal pagi tadi.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Semua penumpang serta kakitangan tren selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden jam 2.40 pagi itu. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Ir. Kamarulzaman Zainal, tren itu sedang dalam perjalanan dari Stesen Gemas ke Stesen Johor Bahru Sentral sebelum tergelincir di Km 595, kira-kira lima kilometer sebelum stesen tersebut.

Ujar beliau, kegelinciran bagaimanapun hanya melibatkan dua gerabak dan satu lokomotif. Tambahnya, landasan utama masih boleh digunakan serta tidak menghalang perkhidmatan tren lain. Kamarulzaman berkata sedikit kelewatan dijangka akan berlaku di sektor selatan antara Gemas dan Johor Bahru.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Ini kerana semua tren yang melalui kawasan kejadian telah diarahkan untuk memperlahankan kelajuan. Pihak KTMB memohon maaf kepada para penumpang yang terlibat dalam kejadian itu. Mereka telah menyediakan kenderaan alternatif bagi membolehkan semua penumpang dapat meneruskan perjalanan ke Stesen Johor Bahru Sentral.

Kerja-kerja membaik pulih sedang giat dijalankan di lokasi kejadian dan siasatan terperinci juga telah dimulakan bagi mengenal pasti punca kejadian. Siasatan turut membabitkan badan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia termasuk Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit KTM Berhad

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply