ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bosch ‘turun ke kampung’ untuk berikan akses penyelenggaraan kenderaan sempena Hari Merdeka

Berita Tempatan

Views

Bersempena dengan sambutan Hari Merdeka tahun ini, Bosch Automotive Aftermarket (Bosch AA) telah mengumumkan inisiatif terbarunya iaitu, #CelebrateMerdekawithBosch.

Kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini adalah untuk menangani kesukaran yang dihadapi oleh masyarakat luar bandar dalam mengakses penyelenggaraan kenderaan secara berkala, dan dalam yang sama mempromosikan persekitaran “Kereta Selamat, Jalan Selamat”.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Menerusi kempen ini, Bosch AA membawakan beberapa perkhidmatan penting seperti penukaran pengelap cermin, pemasangan penapis kabin, penukaran penapis minyak, servis minyak enjin dan pemeriksaan kesihatan bateri terus ke kawasan luar bandar.

Ia adalah untuk menyokong semua komuniti, tanpa mengira lokasi mereka, untuk mendapat akses kepada penyelenggaraan kenderaan berkala dan alat ganti kereta berkualiti selaras dengan kempen perdananya iaitu “Drive for Life“.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Kempen ini menampilkan video sinematik yang mempamerkan perpaduan dan semangat pasukan Bosch AA yang bekerja untuk membantu mereka yang memerlukan penyelenggaraan kenderaan di kawasan luar bandar.

10 penonton bertuah berpeluang untuk memenangi Pengecas Bateri Kereta Bosch C7 bernilai RM427 setiap satu dan barangan eksklusif Bosch.

Mereka hanya perlu ‘berkongsi cara mereka mengambil berat terhadap orang lain’ di ruangan komen pada siaran video Bosch tersebut. Untuk maklumat lanjut, layari PAUTAN INI.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply