ARKIB

KATEGORI

Buletin

Langgar gajah melintas, dua cedera

Berita Tempatan

Views

Dua cedera apabila tiga kenderaan terlibat dalam kemalangan selepas melanggar sekumpulan gajah di Jalan Padang Tembak, Kilometer 72 Jalan Yong Peng-Kluang berhampiran perumahan Polis Diraja Malaysia (PDRM), dekat Kluang pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, kejadian pada pukul 6.35 pagi itu melibatkan sebuah kereta Perodua Kancil, Proton Saga dan motosikal Yamaha LC 135.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Akibat kejadian itu penunggang motosikal Yamaha LC 135, Norkhuraihan Nor Hisam, 26, mengalami kecederaan di muka serta beberapa bahagian badan dan dikejarkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang menggunakan ambulans.

Pemandu kereta Perodua Kancil, Rama Kumaran, 69, hanya mengalami kecederaan ringan, manakala pemandu kereta Proton Saga, Amir Goris, 54, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kejadian gajah liar melintasi jalan di Jalan Kluang-Yong Peng ini kerap berlaku. Oleh yang demikian, orang ramai khususnya pengguna jalan perlu berhati ketika melalui jalan ini khususnya pada waktu pagi dan malam.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Menurut Bahrin, kejadian dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal yang datang dari arah Taman Sri Lambak melanggar seekor daripada tiga ekor gajah keluar secara tiba-tiba dari hutan di Gunung Lambak menyebabkan terjatuh dan mengalami kecederaan.

Kereta Perodua Kancil yang datang dari arah sama turut melanggar gajah itu sebelum kereta Proton Saga tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian belakang kereta Perodua Kancil tersebut.

Tambah beliau lagi, kecederaan kepada gajah tidak dapat dikenal pasti kerana berlari masuk ke dalam hutan selepas dilanggar. – UTUSAN

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Covid-19 防疫站

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply