ARKIB

KATEGORI

Buletin

Brian Wilson, atuk umur 90 tahun pemandu lori tertua di Britain

Berita Global

Views

Seorang lelaki digelar pemandu lori paling tua di Britain mendedahkan akan meneruskan pekerjaannya untuk setahun lagi selepas lulus pemeriksaan kesihatan tahunan Pengukuran, Pemerhatian dan Ujian (MOT), lapor akhbar The Sun kelmarin.

Brian Wilson masih mampu bekerja mengikut jadual penuh dan bangun seawal pukul 4 pagi untuk memulakan tugasnya meskipun telah berusia 90 tahun.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Bapa kepada empat anak itu melakukan syif 12 jam, selama 70 tahun selepas dia memulakan karier tersebut iaitu memandu treler minyak petrol untuk syarikat Esso sejak 1953.

Wilson yang berasal dari Yorkshire, England, perlu menjalani pemeriksaan kesihatan penuh setiap tahun bagi mengekalkan lesen memandunya. Dia juga telah memandu berjuta-juta kilometer sepanjang kariernya selama tujuh dekad itu.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Meskipun begitu, Wilson tidak pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya dan hanya bercuti 50 tahun lalu ketika kakinya patah. Ia membuatkan dia tidak dapat memandu selama tujuh minggu.

“Saya bekerja setiap hari dan pada minggu ini, mungkin saya telah bekerja melebihi 40 jam. “Saya bekerja untuk diri sendiri dan tidak akan melakukan begini jika bekerja untuk orang lain. Saya sudah terbiasa melakukan kerja ini dan tetap meneruskannya,” katanya.

Wilson bagaimanapun mengakui dia sedang mempertimbangkan rancangan untuk bersara pada tahun depan. Dia berhasrat untuk berpindah ke Thailand bersama isterinya, Mavis, 89, untuk menetap bersama salah seorang anaknya yang menjalankan perniagaan di negara itu. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Yorkshire Live

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply