ARKIB

KATEGORI

Buletin

Taliban lancar ‘supercar’ pertama buatan Afghanistan, Mada 9 – Guna enjin Toyota Corolla

Berita Global

Views

Pemerintah Taliban melancarkan ‘supercar‘ pertama hasil rekaan dan buatan Afghanistan. Prototaip kereta sport, Mada 9 itu adalah projek yang dijalankan selama lima tahun oleh 30 jurutera di pengeluar ENTOP dan Institut Vokasional Teknikal Afghanistan (ATVI).

Keupayaannya untuk beraksi di jalan raya masih tidak dapat dipastikan berikutan ENTOP tidak mengeluarkan sebarang data tentang prestasinya.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Ia berkemungkinan belum mampu menandingi supercar keluaran Bugatti mahupun McLaren memandangkan enjin yang digunakan pada Mada 9 sama seperti Toyota Corolla, namun ia telah diubah suai bagi meningkatkan kelajuannya.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid turut berkongsi imej supercar itu di media sosial dan menyifatkan rekaannya sebagai satu kebanggaan kepada seluruh negara.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

“Saya mahu ucapkan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Vokasional atas pencapaian berharga mereka,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ENTOP, Mohammad Riza Ahmadi berkata, beliau berharap supercar itu dapat menyampaikan ilmu kepada orang ramai dan dapat membantu melonjakkan imej Afghanistan ke persada antarabangsa.

“Ia akan memulakan perjalanan di Kabul dan mungkin ke peringkat dunia satu hari nanti,” katanya. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit ENTOP

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply