ARKIB

KATEGORI

Buletin

Briged Ke-11 Infantri Malaysia terima trak Toyota Hilux GS Cargo

Berita Tempatan

Views

Tentera Darat Malaysia (TDM) semalam menerima 10 unit trak 1 tan model Toyota Hilux GS Cargo yang telah diserahkan kepada pasukan bawah naungan Briged Ke-11 Infantri Malaysia.

Majlis penyerahan tersebut dibuat di 92 DKP, Kem Batu Kentonmen. Trak Hilux GS Cargo ini akan membantu pasukan dalam melaksanakan operasi, latihan dan juga pentadbiran.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Pasukan 4 RAMD dan 8 RAMD masing-masing menerima 3 buah kenderaan, 25 RAMD menerima 2 buah kenderaan, manakala Rej 502 AW dan 11 SSB menerima sebuah kenderaan.

Pemeriksaan terhadap kenderaan dilaksanakan sebelum penyerahan kepada pasukan-pasukan yang terlibat bagi memastikan segala peralatan mencukupi.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Setelah itu, segala dokumentasi telah disemak dan serah menyerah dilaksanakan oleh pasukan yang terlibat.

Penyerahan ini sejajar dengan Perkara Pertama di dalam Perintah Ulung Panglima 11 Briged serta Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Memperkasakan Keutuhan Organisasi”.

Trak Hilux GS Cargo turut digunakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi kegunaan pelbagai tugas antaranya penugasan sekatan jalan raya, Light Strike Force (LSF), membawa mayat, mengangkut barang, aset untuk mencegah perhimpunan dan lain-lain.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Briged Ke-11 Infantri Malaysia

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply