Pada 2021, KIA telah memperkenalkan logo baharunya yang lebih segar dan moden. Namun, rekaan logo tersebut telah mencetuskan kekeliruan dalam kalangan warganet.
Menurut pemilik akaun Twitter @Shwinnabego, berkata mendapati carian Google untuk “kereta KN” telah meningkat dengan ketara sejak musim panas 2021 apabila model baharu mula menggunakan logo tersebut.
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
Bahkan Reddit juga pernah terkeliru apabila memaparkan foto KIA Carnival dan menulis kapsyen sambil bertanya “model kereta KN?”
Data Google Trends menunjukkan fenomena berkenaan bukan sahaja terhad kepada Amerika Syarikat kerana warga Australia, Kanada dan United Kingdom turut membuat carian seperti “KN SUV”, “harga kereta jenama KN” dan “kereta elektrik jenama KN.”
Carian di Amerika juga sama dan ia termasuklah, “Apakah jenama kereta KN,” “Kereta KN Carnival,” “Apa itu KN,” dan “Kereta KN Telluride.” Menurut Tire Meets Road, kira-kira 30,000 carian sebulan untuk “Kereta KN”.
Meskipun ia kelihatan seperti berita yang kurang enak, namun warganet nampaknya begitu terpikat dengan kenderaan KN dan sanggup mencarinya sehingga dapat.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit @Shwinnabego
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
KOMEN TERKINI