ARKIB

KATEGORI

Info

Buang sampah dari kenderaan – Denda maksimum RM300

Info

Views

Kami harap lepas membaca artikel ini, ramai yang dah ‘tak berani’ nak buang sampah keluar dari kenderaan lagi. Sebenarnya kebersihan persekitaran ini bukan sahaja dituntut oleh setiap agama, malah ia menunjukkan sikap dan keperibadian kita secara tidak langsung.

JOM BACA >> PANAS : Lagi foto Proton Saga facelift 2019 tertiris, mungkin varian Standard

Menerusi hantaran terkini di laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police), tabiat buruk segelintir pemandu atau penumpang yang suka membuang sampah di atas jalan raya menerusi tingkap kenderaan bukan sahaja mencemarkan alam sekitar, malah membahayakan pengguna jalan raya yang lain dan mungkin boleh mengakibatkan kemalangan.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

Di bawah Kaedah 52, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/1959) mereka yang melakukan perbuatan ini boleh dikenakan denda maksimum RM300. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya mengumpul sampah di dalam kenderaan terlebih dahulu dan membuangnya di tempat yang disediakan apabila berhenti seketika semasa dalam perjalanan.

Makan pandai, sampah makanan tu pun kena pandai buang kat tong sampah la ye! Tak takut ke kena sumpah tujuh keturunan kalau korang kantoi dan tular kat media sosial nanti?

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard
JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply