ARKIB

KATEGORI

Buletin

Buat pusingan U hingga sebabkan kematian penunggang motosikal – Pemandu Proton Saga cedera dipukul

Berita Tempatan

Views

Seorang pemandu cedera dipukul pengguna jalan raya selepas dikatakan membuat pusingan U di Kilometer 13 Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil, di Sungai Petani, malam tadi, sehingga menyebabkan kemalangan dengan lima kenderaan dan mengakibatkan seorang penunggang motosikal maut.

Menurut Harian Metro, dalam kejadian jam 9.15 malam itu, penunggang motosikal berusia 18 tahun maut di tempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala dan dada. Dua lagi penunggang motosikal dan seorang pemandu Perodua Viva cedera ringan manakala seorang lagi penunggang motosikal tidak mengalami kecederaan.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Akibat kemalangan itu, pemandu Proton Saga berusia 57 tahun cedera di kepala dan dirawat di sebuah hospital swasta kerana dipukul dengan topi keledar oleh pengguna jalan raya lain. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kejadian membabitkan kenderaan dari arah Sungai Petani ke Kuala Ketil.

Beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu Proton Saga membuat pusingan U untuk kembali ke arah Sungai Petani di tempat kejadian. Katanya, ketika hendak membuat pusingan U, sebuah motosikal ditunggangi lelaki berusia 22 tahun cuba mengelak ke kiri lalu melanggar bahagian belakang Proton Saga berkenaan.

Selepas itu motosikal ditunggangi mangsa yang maut dan sebuah lagi motosikal ditunggangi remaja berusia 18 tahun tidak sempat mengelak lalu keduanya melanggar bahagian kanan Proton Saga berkenaan. Adzli berkata, seterusnya Perodua Viva yang dipandu lelaki berusia 60 tahun juga tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian kanan Proton Saga itu dan turut melanggar mangsa yang meninggal dunia itu.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Beliau berkata, kemudian penunggang motosikal iaitu lelaki berusia 20 tahun yang juga operator kilang cuba mengelak ke kiri lalu jatuh sendiri. Pemandu Proton Saga dan penunggang keenam tidak cedera manakala penunggang motosikal kedua, keempat dan pemandu Perodua Viva cedera ringan.

Penunggang motosikal ketiga disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan serius. Adzli berkata, pemandu Proton Saga terpaksa dibawa ke Balai Polis Padang Serai kerana dipukul oleh pengguna jalan yang lain.

Beliau berkata, lelaki itu kemudiannya dihantar ke sebuah hospital swasta Sungai Petani kerana dipukul termasuk di kepala dengan menggunakan topi keledar. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Info Roadblock JPJ/POLIS

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply