ARKIB

KATEGORI

Buletin

Budak 11 tahun maut dirempuh teksi yang membuat pusingan secara haram

Views

Sedih kami terbaca berita yang dimuatnaik ke Malay Mail sebentar tadi. Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang membonceng motosikal yang ditunggang oleh abangnya meninggal dunia angkara dirempuh sebuah teksi yang membuat pusingan secara haram. Kejadian tersebut berlaku di Bangsar pagi tadi dan berita ini turut tular di laman sosial.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Penolong Pesuruhjaya Zulkefly Yahya, mangsa Athierah Batricesya meninggal dunia di tempat kejadian manakala abangnya Amzar Hazieq Azizi, 18-tahun yang menunggang motosikal tersebut mengalami kecederaan ringan di kaki kiri.

JOM BACA >> MESTI BACA: Proton Iriz MC2 – Apa yang berubah?

Kejadian berlaku pada jam 7.00 pagi tadi semasa dua beradik ini sedang melalui Jalan Maarof menghala ke Jalan Bangkung, apabila teksi tersebut merempuh mereka semasa membuat pusingan secara haram dari tanjakan Mid Valley ke Jalan Tandok. Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil yang melawat lokasi kejadian berkata, berdasarkan pemerhatian awal, beliau telah meminta DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) segera mengkaji bahagian bawah tanjakan jalan Midvalley yang masuk ke Jalan Maarof untuk memastikan kereta atau kenderaan lain tidak dapat melaluinya untuk ke Jalan Tandok.

Ia terlalu berbahaya dan penghadang plastik yang diletakkan di situ tidak berkesan. Beliau kini sedang dalam proses mendapatkan DBKL atau pemaju PHB untuk mempercepat pembinaan jejantas atau persimpangan pejalan kaki supaya pejalan kaki boleh melintas ke stesen LRT Bangsar dan Jalan Tandok atau Jalan Riong.

Salam takziah kami ucapkan kepada keluarga mangsa, Al-Fatihah.

JOM BACA >> INTIP: Rombongan unit ujian Lynk & Co singgah di Temerloh – Adakah ia petanda jenama ini bakal masuk ke Malaysia?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply