ARKIB

KATEGORI

Buletin

Bukan 10k unit tempahan Tesla Model Y, itu adalah ‘berita palsu’ – Isabel Fan

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini tular satu ciapan menerusi akaun Twitter individu bernama Daren Yoong yang mendakwa Tesla Model Y menerima tempahan mencecah 10,000 unit dalam masa empat hari sahaja.

Berita ini sudah tentu telah mengejutkan ramai pihak dan sekali gus mencetuskan perdebatan di alam maya kerana ada di antara mereka ragu-ragu dengan jumlah tersebut yang nampak ‘tidak masuk akal’.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Menurut portal New Straits Times, ketika ditanya oleh pihak media semasa pelancaran Model Y, Tesla Inc telah menyangkal dakwaan tersebut dan mengatakan ia adalah “berita palsu“.

Pengarah wilayah Tesla, Isabel Fan akhirnya merungkai persoalan tersebut dan sekali gus menafikan dakwaan yang tular di alam maya itu.

Katanya, jumlah tempahan sebenar tidak akan didedahkan kepada umum, namun Tesla memberi jaminan bahawa minat terhadap Model Y adalah kukuh dan menghargai sokongan daripada komuniti pelanggannya yang semakin meningkat di Malaysia.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

SUV elektrik saiz sederhana, Model Y telah dilancarkan secara rasmi semalam di Pavilion Kuala Lumpur dan ia juga menandakan kemasukan rasmi jenama kenderaan elektrik dari negara “Uncle Sam” itu ke pasaran tempatan.

Model Y ditawarkan dengan tiga pilihan varian dengan harga bermula dari:

  • Model Y (Pacuan Roda Belakang) – RM199,000
  • Model Y Jarak Jauh – RM246,000
  • Model Y Prestasi Tinggi – RM288,000

Ia merupakan SUV elektrik terlaris di dunia dan salah sebuah kereta paling selamat di jalan raya dengan penarafan 5-bintang daripada NHTSA dan Euro NCAP.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply