ARKIB

KATEGORI

Buletin

Alami kehebatan Ford Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel di Sabah hujung minggu ini

Berita Tempatan

Views

Pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) bakal membawakan Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo baharu dalam satu acara khusus di Sabah dari 21 hingga 23 Julai 2023.

Acara selama tiga hari itu akan berlangsung di perkarangan Kompleks Likas di Kota Kinabalu, bermula 10.30 pagi hingga 5.30 petang.

Para pengunjung berpeluang memandu uji Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel dalam laluan off-road yang disediakan khas untuk mengalami sendiri mod pemanduan Baja dan lain-lain latihan 4×4 serta off-road.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Ini termasuk selekoh laju di permukaan kasar, mogul, mendaki dan menuruni cenuram, laluan condong dan laluan di permukaan berlapis.

Mereka yang berminat boleh mendaftar sekarang menerusi laman sesawang INI, kerana tempat adalah terhad. Antara aktiviti lain termasuklah pandu uji SUV tujuh tempat-duduk premium Everest Titanium, Ranger WildTrak dan XLT Plus, serta jualan barangan gaya hidup eksklusif Ford.

Pelanggan yang menempah Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel akan menerima kemeja-T rekaan khas Raptor 2.0L Diesel berinspirasi Baja 1000.

Meskipun tempahan awal sudah penuh, bermula sekarang sehingga 31 Ogos nanti, mereka masih lagi boleh menikmati tawaran diskaun RM500 untuk Ford Ranger Getaways semasa serahan kenderaan.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Pelanggan yang menempah model generasi baharu lain di acara tersebut juga akan menerima kerusi khemah biru muda jenama Ford Ranger Getaways. Mereka yang menempah Ford Ranger Getaways juga akan menerima tumbler logam Getaways.

Pada 23 Julai 2023 nanti, SDAC turut mengadakan Ranger Training Experience di perkarangan Kompleks Likas. Acara ini diadakan khusus untuk pemilik Ranger dan Raptor bagi membantu pelanggan mengenali potensi dan keupayaan penuh kenderaan mereka.

Sesi latihan berkenaan akan diadakan di laluan yang disediakan khusus dan mereka yang berminat untuk menonton aksi para peserta boleh berbuat demikian antara jam 11 pagi hingga 1 tengahari pada 23 Julai nanti.

Pemilik Ranger dan Raptor boleh menggunakan kod promosi istimewa pada kad Ford Inner Circle mereka dan nikmati diskaun 30 peratus bagi Ranger Training Experience di Kota Kinabalu. Untuk membuat tempahan dan menggunakan diskaun ini, layari laman sesawang Ford Ranger Getaways.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply